Home / Artikel Menarik / Nike Pro Hijab Untuk Atlet Muslimah

Nike Pro Hijab Untuk Atlet Muslimah

Nike_Pro_Hijab_002

Jenama sukan popular, Nike bakal memasarkan hijab untuk kegunaan altet Muslimah. Tudung yang diberi nama “Nike Pro Hijab” menampilkan rekaan tudung sukan yang diperbuat daripada polyester yang ringan dalam warna gelap dan neutral. Fabrik yang dipakai adalah telus udara untuk keselesaan ketika bersukan tetapi tidak lut cahaya bagi menutup aurat.

Nike_Pro_Hijab_005

Nike mula mereka-cipta tudung tersebut apabila atlet Muslimah mengadu tentang ketidakselesaan memakai tudung tradisional ketika pertandingan. Proses rekaan mengambil masa 13 bulan.

Nike_Pro_Hijab_003

Nike berkata tudung tersebut telah diguna-pakai oleh peluncur figura Saudi Arabia, Zahra Lari.

Nike_Pro_Hijab_004

Menurut Zahra, beliau amat teruja dan terharu apabila Nike mencipta prototaip hijab. Beliau telah mencuba banyak jenis hijab sukan tetapi tidak banyak yang sesuai dengan kegunaannya. Beliau terpegun dengan prestasi Nike Pro Hijab yang ringan apabila dibawa meluncur di atas ais.

Nike_Pro_Hijab_006

Tudung Nike Pro direka untuk memberikan prestasi tinggi kepada atlet-atlet Muslimah yang inginkan tudung yang diperbuat daripada bahan yang ringan, tidak panas, tidak mudah lucut dan tidak menyebabkan kulit melecet apabila dipakai.

Nike_Pro_Hijab_007

Kepada yang ingin membeli tudung Nike Pro, diharap bersabar kerana ia hanya akan dipasarkan dalam tahun 2018!

Sumber: Vogue Arabia

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!