Home / Berita Terkini / Night of the Undead Run Menyeramkan

Night of the Undead Run Menyeramkan

Nights_Of_Fright_003

Petaling Jaya, 7 Oktober 2017 – Hantu, jembalang, Pontianak, zombie dan banyak lagi makhluk-makhluk yang menyeramkan telah menjelmakan diri di khalayak ramai dalam acara larian The Night of the Undead Run.

Acara larian berhalangan ini dianjurkan oleh taman tema Sunway Lagoon sebagai acara permulaan kepada Nights of Fright 5 (NOF 5) yang sedang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini.

Nights_Of_Fright_004

Dalam acara larian sejauh 2.9km ini, para peserta harus melalui lima halangan atau cabaran yang menyeramkan dan berpeluang untuk melawati rumah-rumah hantu yang disediakan khas untuk acara tahunan Nights of Fright 5 (NOF 5) di Sunway Lagoon.

Nights_Of_Fright_006

Antara selebriti yang turut hadir di malam pelancaran Nights of Fright 5 (NOF 5) adalah model, Amber Chia.

Nights_Of_Fright_005

Pelakon Sasha Saidin juga tidak melepaskan peluang untuk menakutkan para pengunjung Sunway Lagoon pada malam itu dengan berpakaian Hantu Pengantin

Nights_Of_Fright_001

Antara rumah-rumah hantu yang akan pasti meremangkan bulu roma adalah The Island of the Dolls, Pontianak vs Pocong, The Ghostbusters Adventure LIVE!, Zombie Apocalypse, Horrorwood Studios dan banyak lagi. Nights of Fright 5 (NOF 5) akan menhantui Sunway Lagoon setiap Jumaat sehingga Ahad mulai jam 7:30petang sehingga 11:30pm malam sepanjang bulan Oktober 2017.

Nights_Of_Fright_002

Harga tiket adalah RM64 seorang. Terdapat 8 buah rumah hantu, 5 kawasan menakutkan, 11 permainan dan banyak lagi dalam Night Of Fright 5 sedang menanti anda!

Nights_Of_Fright_001

Untuk maklumat lanjut, sila layari sunwaylagoon.com atau fb.com/SunwayLagoonMalaysia.

 

Check Also

zaiton othman

Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah untuk mengawal

Share this on WhatsApp Peranan utama Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah untuk mengawal, bukannya untuk menguatkuasakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *