Home / Berita Terkini / Montanic Adventure Store Buka Kedai Ke-4 di Pavilion KL

Montanic Adventure Store Buka Kedai Ke-4 di Pavilion KL

Montanic_pavilion_003

Kuala Lumpur, 23 Februari 2018 – Kedai menjual kelengkapan pengembaraan, Montanic Adventure Store, kini membuka pintunya di Kuala Lumpur. Diasaskan di Sabah pada tahun 2006, kedai ini adalah yang ke-empat dibuka selepas Suria Sabah, Imago KK and Vivacity Kuching.

Montanic_003
Dari kiri: Charles Lim (Pengarah Urusan), Lim Kwee (Pengasas) dan Lim Ke-Shin (Pengurus Cawangan)

Menyedari pentingnya persediaan untuk pengembara di luar rumah dengan selamat dan selesa, Montanic Adventure Store menawarkan pelbagai kelengkapan pengembaraan untuk aktiviti seperti hiking, trekking, berkhemah, larian trail dan sebagainya. Para pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada jurujual yang berpengalaman di kedai tersebut.

Montanic_pavilion_004

Setiap barangan dipilih dan diuji kesesuaiannya untuk menepati keperluan pelanggan dengan harga yang berbaloi. Kualiti juga adalah terjamin dari tiga tahun sehingga jangka hayat penuh.

Montanic_pavilion_005

Antara jenama yang ditawarkan oleh Montanic adalah Lowe Alpine, Kuhl, Fenix, Caribee, Rab, Leki, Lowa, Mac In A Sac, Lorpen, Ruike, Coldsteel, aLoksak, Munkees, Acecamp, Discovery Adventure, Barska, Osprey, Thule, Nalgene, O2cool, Camelbak, Sea To Summit, Buff, Hennessy Hammock, Trangia, Hypergear dan lain-lain.

Montanic_pavilion_001

Montanic Adventure Store, Pavilion KL
Alamat:
5.24.06, 5th level, Pavilion Kuala Lumpur
Shopping Mall, 168, Jalan Bukit Bintang,
Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Laman Web: http://montanic.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Montanic.Malaysia/

Check Also

pronasi

Mengenali Jenis Pronasi Kaki

Share this on WhatsAppDalam istilah larian, pronasi adalah gerakan putaran kaki ke arah dalam ketika …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *