Home / Berita Terkini / MILO perkenal inisiatif baru mencungkil bakat-bakat muda sukan

MILO perkenal inisiatif baru mencungkil bakat-bakat muda sukan

2 MILO Champions Appreciation Day

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2017 — Demi meraikan kecemerlangan dan semangat kesukanan dalam mengharumkan nama negara di arena sukan, MILO menyatukan beberapa atlet negara hari ini untuk mengiktirafkan kejayaan mereka dalam Sukan SEA 2017 yang ke-29 dan Sukan Para ASEAN yang ke-9 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di majlis penghargaan anjuran tersebut, MILO berharap dapat memberi pengiktirafan kejayaan kepadabeberapa atlet negara yang dilahirkan melalui Program Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Mereka terdiri daripada pemain hoki padang negara, Joel Van Huizen; ratu pecut, Felicia Mikat; pemain skuasy negara, Ng Eain Yow; atlet karate negara, Syakilla Salni; pemain bola keranjang kebangsaan, Nur Izzati Yaakob; perenang negara, Welson Sim; penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan pelompat jauh negara, Abdul Latif Romly.

4 MILO Champions Appreciation Day

“Sejak lebih enam dekad lalu, MILO telah merintis kecemerlangan dan perkembangan arena sukan Malaysia. Kami bangga dapat menjadi sebahagian daripada pencapaian generasi baharu atlet Malaysia yang mewakili negara di persada dunia. Kegigihan dan dedikasi para atlet kita dapat menjadi contoh dan inspirasi terbaik kepada semua orang agar terus mengejar impian masingmasing,” kata Pn. Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Nestlé Malaysia.

Bagi MILO, sukan memainkan peranan sebagai pendidik untuk membentuk karakter dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan anak demi masa depan yang lebih baik. Selain itu, sukan juga membantu mematangkan mereka agar terus berusaha untuk mengecapi kecemerlangan berterusan. Dalam majlis tersebut, pemain skuasy negara, Ng Eain Yow telah berkongsi pengalaman berharga yang dikutip sepanjang kerjaya sukannya. Menurutnya, disiplin, semangat berpasukan dan usaha tanpa mengenal erti putus asa merupakan kunci kerjayaan. Bagi Eain Yow, nilai-nilai ini bukan sahaja mendorong beliau agar menjadi atlet yang lebih baik tetapi juga memberi perubahan positif dalam pelbagai aspek kehidupannya.

1 MILO Champions Appreciation Day

Turut sependapat dengan Eain Yow adalah bekas ratu boling negara, Shazlin Zulkifli. Shazlin berkata, nilai-nilai murni yang diperoleh daripada sukan telah membantu mematangkan dirinya dalam menghadapi cabaran kehidupan harian. Kini, beliau turut menerapkan nilai-nilai murni yang sama dalam mendidik anak perempuannya.

Sementara itu, bekas guru dan jurulatih bola keranjang negara, Sim Sin Heng pula mendapati kanak-kanak yang aktif bersukan juga memiliki daya motivasi yang lebih tinggi. Golongan kanakkanak ini lebih mudah berinteraksi dengan rakan sebaya dan akan menjadi individu yang lebih cekap. Pengalaman seperti ini tidak boleh diterap melalui buku dan hanya boleh diperoleh melalui pelbagai aktiviti fizikal luar.

“Kami amat yakin sukan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan anak anda. Selain memanfaatkan kesihatan tubuh, sukan juga membantu anak anda mempelajari nilainilai positif kehidupan seperti kegigihan, semangat berpasukan dan dedikasi agar mereka terus maju dalam dunia yang berdaya saing,” kongsi Tan. Tambahnya lagi: “Sebagaimana yang telah dikongsi oleh para atlet dan jurulatih negara, nilai-nilai murni ini dapat membantu melahirkan kanak-kanak yang serba-boleh dan lebih yakin dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.”

5 MILO Champions Appreciation Day

Sejajar dengan komitmen untuk membangunkan bakat-bakat sukan negara, MILO mula memperkenalkan MILO Champions Clinic pada tahun 2015. Program yang berlangsung selama lapan minggu itu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berlatih di bawah satu panel jurulatih bertauliah bagi meneroka dan mengesan minat serta bakat sukan masing-masing. Setakat hari ini, inisiatif MILO Champions Clinic telah berjaya memanfaatkan seramai 2,600 kanak-kanak dan memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendorong anak-anak mereka agar lebih aktif bersukan.

Selain itu, MILO turut memanfaatkan dari inovasi teknologi dengan menyalurkan maklumat berguna kepada kanak-kanak dan mendorong mereka agar lebih aktif bersukan. Terkini, MILO telah memperkenalkan MILO Champions Band – gelang kesihatan untuk kecergasan tubuh kanakkanak ini boleh dikendalikan menerusi aplikasi mudah alih bagi memudahkan ibu bapa memantau kadar nutrisi dan aktiviti anak-anak.

MILO akan terus komited dalam usaha membina generasi muda Malaysia menerusi pelbagai inisiatif dengan matlamat untuk membentuk mereka menjadi tunggak harapan bangsa dan negara. Tambah Tan lagi: “Kami yakin bahawa semua kanak-kanak adalah juara masa depan. Justeru, kami ingin membantu mereka mengecapi potensi sebenar mereka”

3 MILO Champions Appreciation Day

Sejak 1950-an, MILO telah memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan arena sukan dan mendorong penglibatan bakat-bakat baharu dalam bidang sukan tempatan. MILO cekal dalam memberi sokongan kepada perkembangan budaya sukan khususnya dalam kalangan generasi muda Malaysia. Hari ini, komitmen MILO terhadap pembangunan bakat-bakat sukan negara masih berterusan menerusi penganjuran pelbagai inisiatif bagi mewujudkan peluang berharga kepada atlet-atlet negara. Selain itu, MILO turut menerapkan nilai-nilai penting seperti semangat berpasukan dan kegigihan dalam anak-anak muda menerusi aktiviti sukan. Komitmen jenama ini dalam memacu kecemerlangan bakat-bakat sukan dan perkembangan arena sukan tempatan sejajar dengan matlamat Nestlé untuk meningkatkan kualiti kehidupan serta kesihatan masyarakat demi masa depan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif MILO dalam aspek pembangunan sukan, sila layari www.milo.com.my.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!