Home / Berita Terkini / MILO Menerapkan Kepentingan Sahur

MILO Menerapkan Kepentingan Sahur

milo_sahur_004

Kuala Lumpur, 23 April 2018 – Sempena Ramadan menjelang tiba dan umat Islam di seluruh dunia akan mula bersiap sedia untuk puasa. Setiap tahun, ramai kanak-kanak berusia semuda 7 sehingga 9 tahun akan menunaikan ibadah puasa buat kali pertama dalam kehidupan mereka.

Apabila kanak-kanak memulakan ibadah puasa mereka, ibu bapa akan berdepan cabaran untuk memberikan mereka tenaga yang mencukupi dalam tempoh yang begitu singkat untuk bertahan sepanjang hari tanpa makanan dan minuman. Selain itu, ibu bapa mungkin menghadapi kesukaran untuk menerangkan kepentingan pengambilan makanan bernutrisi semasa Sahur, disebabkan kanak-kanak biasanya tidak memahami peranan atau kepentingan nutrisi dalam kehidupan mereka.

milo_sahur_005

MILO® percaya bahawa kanak-kanak seharusnya memahami asas nutrisi serta kepentingannya dalam kehidupan seharian mereka, khususnya pada bulan Ramadan. Melalui lawatan ke sekolah-sekolah di seluruh tanah air, MILO® beriltizam untuk mendidik murid-murid mengenai kepentingan diet bernutrisi dan seimbang.

Diketuai oleh pakar nutrisi, kempen ini membekalkan pelajar-pelajar dengan pengetahuan mengenai tenaga, pelbagai vitamin dan mineral, serta cara mengamalkan diet yang sihat dan seimbang pada bulan Ramadan. Melalui konsep ‘Pinggan Sihat Malaysia’ dan beberapa panduan mudah, mereka dapat mengenali pelbagai cara untuk mendapatkan tenaga bagi menjamin tumbesaran yang sihat dan kuat secara interaktif dan menyeronokkan.

milo_sahur_002

“Kami faham betapa mencabarnya bagi ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapatkan tenaga yang diperlukan terutamanya pada bulan puasa. Sebab inilah MILO® mengajurkan lawatan ke sekolah untuk mendidik pelajar mengenai nutrisi serta diet yang sihat dan seimbang. Di samping itu, kami juga ingin menyampaikan maklumat ini kepada ibu bapa supaya mereka akan menjadi contoh yang baik dan bersahur sekeluarga, kerana kami sedar bahawa ada ramai ibu bapa yang tidak bersahur disebabkan sibuk dengan anak-anak mereka,” demikian kata Nuraina Tajuddin, Pengurus Kanan Jenama, MILO®.

milo_sahur_003

“Dengan menggabungkan secawan MILO® bersama makanan harian mereka, ibu bapa dan anak-anak pasti akan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk bertahan sehinga Iftar, kerana MILO® dilengkapi MILO® Activ-Go, kombinasi unik protomalt, vitamin dan mineral untuk pembebasan tenaga yang efisien sepanjang hari,” tambah beliau.

Taklimat tersebut diikuti oleh satu sesi Senamrobik MILO® yang bertujuan menerapkan satu lagi unsur gaya hidup aktif ke dalam platform berunsurkan pendidikan ini.

milo_sahur_001

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milo.com.my

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.