Home / Artikel Menarik / Memperkenalkan Nike Epic React Flyknit

Memperkenalkan Nike Epic React Flyknit

Nike_RN_React_Product_BLU_Detail1_hd_1600

Sebagai pelari pasti anda inginkan sepasang kasut yang boleh memberikan anda segalanya: daya kusyen yang mantap untuk setiap langkah, mengembalikan tenaga impak kepada anda, ringan dan tahan lama walaupun terdedah kepada “wear and tear” larian demi larian. Para jurutera, ahli kimia dan pereka di Nike dikatakan telah menemui untuk mendapatkan solusi dalam bentuk foam, yang diberi nama Nike React.

Nike_RN_React_Product_BLU_Detail2_hd_1600

Teknologi foam baru, Nike React akan digunakan untuk membuat tapak kasut Nike Epic React Flyknit
Upper kasut diperbuat daripada sekeping Nike Flyknit bootie, direkacipta dengan memberi sokongan, fleksibikiti dan telus udara.

Tapak tengah (midsole) mengunjur lebih di bahagian tumit untuk memberikan daya kusyen dan stabiliti yang diperlukan oleh setiap pelari.

Ciri utama kasut ini terletak pada foam Nike React yang ternyata lebih lembut jika dibandingkan dengan foam berasaskan EVA di masa lalu.

SP18_RN_REACT_HERO_BLU_Floating_hd_1600 (1)

Rekaan komputer digunakan untuk mencipta tapak tengah (midsole), yang diperbuat daripada sekeping foam Nike React (tanpa bahan penyambung, gam atau simen). Coraknya yang mempunyai ketebalan yang berbeza-beza, tebal di mana daya kusyen diperlukan dan material dikurangkan di bahagian yang tidak memerlukanya. Hasilnya adalah tapak yang lebih ringan!

Bahagian tapak luar (outsole) diperkuatkan dengan segmen getah di kaki hadapan dan tumit untuk meningkatkan daya cengkaman dan ketahanan kasut.

Kasut lari Nike Epic React Flyknit akan berada di pasaran dengan harga RM589 sepasang mulai 22 Februari di nike.com dan kedai-kedai Nike terpilih.

Check Also

Puma_X_HelloKitty_004

PUMA X HELLO KITTY: Gandingan Ikonik #FORALLTIME

Share this on WhatsApp Penggemar Hello Kitty pasti teruja dengan pelancaran PUMA x Hello Kitty …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *