Home / Berita Terkini / Marathon, 10K & Triathlon Tersenarai Semula Di Sukan SEA 2017!

Marathon, 10K & Triathlon Tersenarai Semula Di Sukan SEA 2017!

Sukan Sea 2017

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menyenaraikan kembali lapan acara setelah digugurkan daripada sukan olahraga dalam temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Pada bulan Februari lepas, MOM mengumumkan lapan acara olahraga iaitu marathon, 10,000m dan 3,000m lari berhalangan lelaki dan wanita, dekatlon dan heptatlon telah terkeluar daripada senarai sementara Sukan SEA 2017.

MOM juga telah meluluskan empat lagi sukan iaitu judo, lawan pedang, Muay Thai dan triathlon untuk disenaraikan pada temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata dengan tambahan empat jenis sukan tersebut, pihaknya akan mencadangkan sejumlah 38 sukan melibatkan 403 acara pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di sini pada 13 dan 14 Julai ini.

Sukan SEA 2017 dijadualkan dari 19-31 Ogos merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah kepada acara sukan terbesar di Asia Tenggara selepas tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Untuk senarai penuh acara Sukan SEA 2017, sila layari http://kualalumpur2017.com.my/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!