Home / Berita Terkini / Lebih 2,200 Pelari Sertai ASICS Relay Kuala Lumpur

Lebih 2,200 Pelari Sertai ASICS Relay Kuala Lumpur

Asics_Relay_004

Putrajaya, 7 Oktober 2017 – Lebih 550 pasukan empat ahli mengambil bahagian dalam acara lumba lari berganti ASICS Relay, dalam liga kedua di Malaysia, selepas liga pertama di Jakarta, Indonesia.

Berlangsung di Anjung Floria, Putrajaya, acara lumba lari berganti ini menarik penyertaan daripada pelari-pelari yang tegar mahupun yang bersuka-suka sahaja dari pelbagai peringkat umur.

Asics_Relay_002

Tetamu undangan khas, Dato’ Mohd Nazifuddin bin Dato’ Sri Mohd Najib, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia, diiringi oleh Kenji Oh, Pengarah Pemasaran Asics Asia melepaskan para pelari tepat pada jam 8 malam.

Antara mercu-tanda ikonik yang dapat dilihat oleh para pelari di sekitar laluan Asics Relay adalah Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Jabatan Peguam Negara, Lingaran Gemilang dan Jambatan Seri Gemilang.

Asics_Relay_001

“Kami sukakan semangat berpasukan. Perlumbaan ini membolehkan kami berlari sambil bergembira bersama teman-teman,” kata Thanuja Ananthan, bekas Miss World Malaysia 2009, yang menyertai perlumbaan bersama keluarganya dalam pasukan yang diberi nama Team Kacang Panjang Pendek.

Asics_Relay_005

Acara ASICS Relay memberikan bukan sahaja satu platform untuk bersaing tetapi juga untuk mengeratkan perhubungan sesama ahli pasukan. Di setiap lokasi, para peserta berpeluang untuk menikmati persembahan pentas muzik “live”, cabutan bertuah dan juga pelbagai makanan dan minuman dari trak saji.

Liga Asics Relay seterusnya bakal bersambung di Singapore (4 November) sebelum berakhir di Bangkok (2 Disember).

Asics_Relay_003

Senarai pemenang Asics Relay Kuala Lumpur:

asics Relay Kuala Lumpur Results

Untuk maklumat lanjut, sila layari

http://www.asicsrelay.com/
https://www.facebook.com/ASICSRelay/

Check Also

FGV_Tekam_Forest_Trail_001

Tarikan Gua Kota Gelanggi di FGV Tekam Forest Trail

Share this on WhatsApp  Kuala Lumpur, 15 Julai 2018 – Sebuah acara larian baru – …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *