Home / Berita Terkini / Larian THE RUNNING DIVA MALAYSIA Edisi PINKTOBER Dilancar

Larian THE RUNNING DIVA MALAYSIA Edisi PINKTOBER Dilancar

pinktober_001

Putrajaya, 29 Ogos 2016 – NM Galaxy hari ini mengumumkan acara larian “The Running Diva Malaysia| Pinktober (TRDMP)” di Putrajaya. Acara ini adalah edisi kedua selepas The Running Diva Malaysia yang dianjurkan pada bulan Mac lalu sempena Hari Wanita Antarabangsa. The Running DIva Pinktober bakal berlangsung di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya pada 23 Oktober 2016 sempena Pinktober atau bulan Kesedaran Kanser Payudara yang diraikan di seluruh dunia pada bulan Oktober.

pinktober_002

Focus acara ini adalah untuk menangani kanser payudara yang adalah penyakit pembawa maut yang paling tinggi di kalangan wanita. Dengan kerjasama rakan benefisiari Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), NM Galaxy berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini.

Penyertaan dibuka kepada semua, tidak terhad kepada kaum wanita sahaja, malah kaum lelaki juga digalakkan untuk menyertai acara ini sebagai tanda sokongan kepada pasangan, ibu, kakak, adik, rakan dan kenalan wanita mereka.

Dijangka 2,500 pelari bakal mengambil bahagian dalam acara larian yang dibahagi kepada dua iaiti 10km (Diva Run) dan 3km (Glamour Run).

pinktober_003

Dalam acara pelancaran , Puan Zaiton Mohamad, seorang bekas pesakit kanser, Zaiton Mohamad juga diperkenalkan sebagai duta The Running Diva Pinktober. Peserta-peserta The Running Diva Pinktober di gallakkan untuk memperkasakan pengetahuan mereka tentang kanser payudara dan mempelajari teknik pemeriksaan payudara sendiri dalam klinik yang dianjurkan oleh NCSM pada hari tersebut.

Antara penaja The Running Diva adalah Pullman Putrajaya Lakeside, Grab, Nexus Medallion, MBG Fruits, Celebrity Fitness, Xixili, Salonpas, Hands on Physiotherapy dan beberapa syarikat lagi.

pinktober_006

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.therunningdivamalaysia.com

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!