Home / Berita Terkini / Laporan Polis dibuat terhadap Penganjur Marathon

Laporan Polis dibuat terhadap Penganjur Marathon

laporan polis

Kota Kinabalu: Seorang peserta daripada sebuah marathon yang telah ditunda beberapa kali membuat laporan polis terhadap penganjur dengan tuduhan tidak mendapat permit polis dan juga perakuan dari badan sukan untuk menganjurkan acara tersebut.

Penganjur juga dikatakan tidak dapat dihubungi apabila peserta cuba menuntut wang yuran agar dikembalikan.

Avtar Singh, membuat laporan pada 26 Oktober terhadap penganjur acara marathon yang dipercayai akan dilangsungkan di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

“Siasatan menunjukkan syarikat tersebut tidak mempunyai permit polis untuk KL Marathon 2017 dan tidak mendapat perakuan dari Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan, untuk penganjuran marathon sebelum membuka penyertaan dan memungut wang yuran pendaftaran.

“Tanpa permit dan kelulusan untuk mengadakan acara tersebut, penganjur boleh mengambil jalan mudah untuk menggunakan polisi “no-refund” atau “wang tidak dikembalikan” apabila mereka tidak berniat untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh badan yang berkuatkuasa,” katanya.

AmMetLife Insurance KL Marathon 2017 yang dipercayai ditunda ke 5 Mac tahun ini di Kuala Lumpur dari tarikh asal 13 November 2016, hanya diumumkan pada 23 September 2016.

Lima hari sebelum tarikh baru, penganjur telah dibatalkan dengan satu pengumuman melalui laman Facebook pada 1 Mac 2017.

Tambah Avtar, pada 2 Mac, penganjur mengumumkan bahawa mereka hanya akan mengembalikan wang sekiranya mereka menerima wang RM150,000 daripada penaja yang telah tertunggak sejak 1 Januari tahun ini.

Avtar berkata ramai pelari yang cuba menghubungi presiden Asia Tourism Alliance (ATA) President/CEO merangkap Pengarah Acara, Kho Sze Min untuk mendapatkan maklumat tuntutan wang kembali tetapi tidak berjaya.

Berikutnya ATA mengumumkan KL Marathon telah ditunda ke tarikh 10 Sept 2017 tetapi dibatalkan lagi pada 15 May 2017, dan lokasi marathon diubah ke Selangor dengan tarikh baru 15 Oktober 2017, tetapi ditunda lagi ke 17 Disember 2017.

Avtar berkata ATA bakal menganjurkan sebuah marathon di Kota Kinabalu tetapi telah menunda sebanyak dua kali. KK Marathon yang sepatutnya dilangsungkan pada 17 September 2017 ditunda ke 8 October 2017 dan sekarang 7 Januari 2018.

Dia juga mendakwa laman web rasmi tidak mempamerkan nombor akaun bank rasmi untuk pendaftar membuat transaksi.

Menurutnya, peserta hanya boleh mendaftar melalui khidmat PayPal dengan menggunakan kad kredit. Ia tidak diketahui di manakah bayaran dibuat kecuali Asia Tours.

Sumber: http://www.dailyexpress.com.my/

Gambar sekadar hiasan.

Check Also

Mayflower - Group Photo

Mayflower lancar platform pelancongan online komprehensif

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 9 November 2017 – Sejajar dengan trend global ke …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *