Home / Artikel Menarik / Koleksi Musim Panas 2016 Nike Free

Koleksi Musim Panas 2016 Nike Free

Feature Pic

Dibangunkan dengan menggunakan teknologi Nike Free yang menjangkau sepuluh tahun, Nike memperkenalkan koleksi baru kasut lari Nike Free. Koleksi ini menampilkan tapak yang mempunyai corak auxetik geometri yang progresif, direka khas untuk mengikut pergerakan semula jadi dan menguatkan atlet ketika berlari atau berlatih.

0SU16_BSTY_Free_MFarah_04_original

Mengikut kaji selidik yang baru yang membuktikan kaki melebar dan menguncup dengan impak dan pelepasan dari tanah, corak auxetik di tapak kasut memimik bagaimana badan dan kaki bertindak apabila berlari. Ia menyerap gegaran sambil mengembang dalam dua hala iaitu kira-kira satu saiz panjang dan dua saiz lebar semasa kaki atlet mendarat di tanah.

Nike_Family_of_Free_original

Tapak yang fleksibel yang dapat mengembang dan menguncup ini membolehkan kaki mengawal pergerakan tanpa halangan. Dengan ini ia dapat menguatkan otot-otot kaki semasa latihan.

x01-SU16_BSTY_Free_M_Free_RN_Motion_Flyknit_Lateral_01_original

Nike Free RN Motion Flyknit (Harga: RM599)
Kasut lari membolehkan pelari bergerak dengan dinamik. Bahagian atas kasut (upper) Nike Flykit menampilkan rangka sokongan 3D dari jari kaki sehingga ke tumit dengan tapak (midsole) yang mempunyai corak auxetik geometri.

x02-SU16_BSTY_Free_M_Free_RN_Flyknit_Lateral_01_original
Nike Free RN Flyknit (Harga: RM519)
Bahagian “upper” berunsur Flyknit yang memberikan kemasan seperti memakai setokin kepada seluruh kaki. Tapak (midsole) menampilkan teknologi auxetik yang fleksibel dengan bahan IU foam yang lebih lembut untuk keselesaan kepada kaki.

x03-SU16_BSTY_Free_M_Free_RN_Lateral_01_original

Nike Free RN (Harga: RM439)
Ringan dan dinamik, kasut lari ini menggabungkan bahagian “upper” yang diperbuat daripada fabrik mesh untuk sokongan yang fleksibel dengan tapak bahan IU foam yang lebih lembut dan selesa.

x04-SU16_BSTY_Free_W_Free_Transform_Flyknit_Lateral_01_original
Women’s Nike Free Transform Flyknit (Harga: RM599)
Kasut latihan atau trainer ini menampilkan bahagian “upper” Nike Flyknit. Rangka Flywire “mengunci” kaki dan “integrated heel counter” membolehkan pergerakan yang stabil dalam semua arah. Bahagian dalaman kasut memberikan daya serapan untuk impak tinggi bertubi-tubi serta tapak luaran (outsole) yang anjal memberikan sokongan semasa latihan yang sukar.

Check Also

LAZADA RUN Terima Sambutan Menggalakkan dengan 8,000 Peserta

Share this on WhatsApp Cyberjaya, 16 Julai 2023 – Acara Lazada Run yang julung kali …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!