Home / Berita Terkini / Kempen Derma Kasut Lama “PROJECT LOVE SNEAKER”

Kempen Derma Kasut Lama “PROJECT LOVE SNEAKER”

Project Love Sneaker - Malaysia

Kuala Lumpur, 27 Mac 2018 – Dianjurkan oleh Running Lab, Project Love Sneaker kembali lagi bagi pelari-pelari “mengitar semula” kasut lari lama (retired) tetapi masih dalam keadaan elok.

Bermula dalam tahun 2010 di Singapura, kempen menderma kasut ini juga diadakan pada tahun 2011, 2012 dan 2017 di Malaysia. Tahun ini, Project Love Sneaker bakal diadakan bermula 1 sehingga 30 April 2018 di semua kedai Running Lab.

Diperhatikan bahawa para pelari akan menukar kasut lari mereka apabila ia mencapai jarak kegunaan (mileage) yang tertentu, antara 600 to 800km. Kebiasaanya, kasut tersebut adalah masih dalam keadaan elok dan membazir jika dibuang begitu sahaja. Maka di situlah terbitnya idea “Project Love Sneaker” di mana ia memberi saluran bagi pelari untuk mendermakan kasut lama mereka kepada yang lebih memerlukan.

Semua kasut yang terkumpul akan disumbangkan kepada Community Recycle for Charity (CRC).

Tahun demi tahun, jumlah bilangan kasut yang diterima bertambah dengan konsisten. Bagi tahun 2018, Running Lab menyasarkan untuk mengumpul 2,000 pasang kasut bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Sebagai ganjaran, Running Lab akan memberi sekeping baucer bernilai RM100 bagi setiap pasang kasut yang didermakan untuk pembelian kasut baru. Kasut hendaklah dalam keadaan bersih dan masih boleh digunakan.

Lokasi Pengumpulan Kasut:
 RUNNING LAB, PAVILION, Lot 5.102.02, Level 5, Pavilion Elite, Kuala Lumpur
 RUNNING LAB, 1 UTAMA, LG307A, 1 Utama Shopping Centre, Kuala Lumpur
 Shoe Mo, Uptown Damansara 57A Jalan SS21/1A Damansara Utama, Petaling Jaya
 Shoe Mo, Bandar Sunway 1st floor, 65 Jalan PJS 11/9, Petaling Jaya
 Shoe Mo, Uptown SS2 67 Jalan 14/20 Seksyen 14, Petaling Jaya

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.runninglab.com atau www.facebook.com/runninglabmalaysia.

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.