Home / Berita Terkini / Kedai Konsep PUMA SELECT dibuka di Sunway Pyramid

Kedai Konsep PUMA SELECT dibuka di Sunway Pyramid

puma-select_001

Subang Jaya, 4 Februari 2018 – Jenama sukan global, PUMA melancarkan kedai konsep PUMA Forever Faster setelah diubahsuai di Sunway Pyramid. Terletak di aras bawah Sunway Pyramid, kedai ini menampilkan bahagian PUMA SELECT yang membawakan barangan istimewa kolaborasi PUMA.

puma-select_008

Kedai seluas 2240 kaki persegi ini menawarkan pelbagai barangan kolaborasi antarabangsa seperti FENTY by Rihanna, PUMA XO by The Weeknd, PUMA X Sophia Webster, PUMA X Han Kjøbenhavn, PUMA X Diamond Supply Co, PUMA X Trapstar dan banyak lagi.

puma-select_004

Para pengunjung di majlis pelancaran turut menyaksikan peragaan fesyen dari rangkaian PUMA Select yang kini turut boleh didapati di kedai tersebut.

Pengurus Besar PUMA untuk Asia Tenggara, Philippe Le-Bretton berkata pengubahsuaian kedai tersebut adalah selaras dengan usaha PUMA untuk memudahkan para penggemar fesyen mendapatkan barangan kolaborasi eksklusif rangkaian SELECT.

puma-select_005

Selain daripada peragaan fesyen, majlis pelancaran juga menampilkan persembahan tarian B-Boy untuk meraikan ‘50 Years of Suede’ dan sebuah persembahana ala-balet yang diinspirasikan oleh koleksi ‘En Pointe’, hasil kerjasama PUMA dan penyanyi antarabangsa tersohor Selena Gomez.

puma-select_009

Sempena pembukaan kedai tersebut, PUMA menawarkan hadiah percuma. Dengan pembelian RM300 ke atas, pelanggan akan menerima sebuah PUMA shoe organizer manakala dengan pembelian RM500 ke atas, pelanggan akan menerima kedua-dua PUMA shoe organiser dan travel pouch.

puma-select_003

Kedai PUMA SELECT terletak di G 1.47 Aras Bawah, Sunway Pyramid.

Check Also

DHC 2018_Besraya (9) - Copy

6000 Pelari Sahut Cabaran Lebuhraya Besraya

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 29 April 2018 – IJM Allianz Duo Highway Challenge …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *