Home / Artikel Menarik / Kasut Lari Paling Sweet Saucony x Dunkin’ Donuts

Kasut Lari Paling Sweet Saucony x Dunkin’ Donuts

Saucony_Kinvara_Boston_Dunkin_Donuts_008

Saucony telah bergandingan dengan Dunkin’ Donuts untuk memaniskan larian anda!

Dengan menggabungkan hidangan sarapan pagi ikonik dari kota Boston dengan kasut lari Kinvara 9, edisi kasut Boston Marathon oleh Saucony menampilkan apa yang digemari pelari: kopi, donut dan semestinya, berlari.

Bahagian tumit kasut menampilan sebiji donut yang ditaburi “sprinkles”. Bahagian lapik dalaman (insole) pula menampilkan gambar kopi panas dan kopi ais. Kasut edisi terhad ini dipasarkan dalam kotak dengan warna ikonik Dunkin’ Donuts – putih, magenta dan oren.

Kasut lari Kinvara 9 dengan teknologi foam Everun direka untuk pelari yang inginkan kasut larian jarak jauh yang ringan dan stabil.

Saucony_Kinvara_Boston_Dunkin_Donuts_009

Saucony_Kinvara_Boston_Dunkin_Donuts_002

Saucony_Kinvara_Boston_Dunkin_Donuts_003

Saucony_Kinvara_Boston_Dunkin_Donuts_004

Saucony_Kinvara_Boston_Dunkin_Donuts_005

Saucony_Kinvara_Boston_Dunkin_Donuts_007

Saucony_Kinvara_Boston_Dunkin_Donuts_006

Kasut edisi terhad Boston Marathon 2018 ini boleh di pra-tempah di www.saucony.com dengan harga USD110.

#JOMKITALARI

Check Also

parkrun-malaysia_006

10 Perihal parkrun Malaysia Yang Anda Perlu Ketahui

Share this on WhatsApp Acara larian mingguan global 5km, parkrun telah dilancarkan di Taman Rekreasi Pudu Ulu, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *