Home / Artikel Menarik / JUICECO Tawar Lebih 200 Jenis Minuman Buah-buahan Segar

JUICECO Tawar Lebih 200 Jenis Minuman Buah-buahan Segar

Juiceco_001

Juiceco Malaysia, kedai jus buah-buahan pertama yang lain daripada yang lain di negara ini telah dilancarkan secara rasmi di Bangsar. Pelakon Bollywood terkenal, Kareena Kapoor Khan turut hadir memeriahkan majlis pelancaran Juiceco.

Juiceco merupakan kedai jus buah-buahan terbesar di Malaysia dan ia akan menyajikan lebih daripada 200 jenis jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang unik, menarik dan tanpa bahan pengawet di dalam jus campuran, smoothie, milkshake dan jus istimewanya. Harga minuman yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM15 setiap gelas.

“Kami begitu teruja kerana dapat merealisasikan usaha pertama kami dalam menembusi pasaran Asia Tenggara. Bangsar sememangnya pilihan lokasi terbaik untuk rangkaian pertama kami kerana lokasi ini mampu menarik minat orang ramai dan ianya sesuai dengan Juiceco yang menyajikan minuman untuk memenuhi pelbagai citarasa, sama ada sesuatu yang menyihatkan ataupun menyelerakan. Para pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis jus, dari jus oren asli hingga ke pilihan inovatif dan unik menggunakan buah-buahan tempatan seperti pisang, nenas dan buah naga,” kata Encik Zainul Abidin bin Muhammad Kutty, Pengarah Vitamin Palace Sdn Bhd.

Juiceco Malaysia turut mempamerkan hiasan dalaman kedai jus buah-buahan mereka yang berunsurkan buah-buahan segar yang unik dan inovatif di dalam kedai untuk memberikan pengalaman baru kepada para pelanggan semasa menikmati minuman kegemaran.

Juiceco_002

Pada majlis pelancaran tersebut, Kareena Kapoor Khan, yang turut dikenali sebagai Bebo oleh para peminatnya berkata, “Saya sangat gembira kerana dapat hadir ke majlis pelancaran Juiceco Malaysia. Saya berpeluang untuk merasai pelbagai campuran jus daripada Juiceco, dan saya amat menyukai kesemuanya. Tetapi, kegemaran saya adalah jus istimewa iaitu the Jamaica. Jus ini merupakan campuran buah mangga, pisang, epal, lobak merah dan nenas, serta dihiasi pula dengan ais krim!” Ini merupakan lawatan ketiga Kareena ke Malaysia.

Juiceco dimiliki dan diuruskan oleh Vitamin Palace dari Timur Tengah. Vitamin Palace mula melibatkan diri dalam pelbagai rangkaian perniagaan berkonsepkan kesihatan sejak 40 tahun lalu yang bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat melalui rangkaian kafe kesihatan dan jus buah-buahan. Juiceco Malaysia merupakan penglibatan pertama Vitamin Palace di Asia Tenggara. Pada masa ini, Vitamin Palace mempunyai tenaga kerja seramai 600 orang yang ditempatkan lebih daripada 30 cawangan di negara-negara GCC (Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk yang terdiri daripada Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu).

“Kami akan terus berusaha menyediakan jus yang unik, terkini, berkualiti dan sentiasa segar untuk kepuasan pelanggan. Juiceco berusaha untuk menjadi pilihan utama di pasaran dengan menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti yang mampu memenuhi keperluan pelanggan. Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan penduduk-penduduk yang berbilang bangsa, oleh sebab itu kami percaya Juiceco berpotensi untuk memenangi hati rakyat Malaysia dan berkembang di pasaran tempatan,” tambah Encik Sharafudheen, Pengarah Urusan Vitamin Palace Sdn Bhd.

Dengan 200 jenis jus untuk pasaran Malaysia, Juiceco berhasrat untuk menambah lebih banyak lagi rangkaian kedai dan berkongsi keseronokan dengan semua orang. Vitamin Palace Sdn Bhd merancang untuk membuka 3 hingga 5 cawangan dalam tempoh 12 bulan akan datang di Lembah Klang dan turut berhasrat untuk membuka cawangan di kawasan lain di negeri-negeri seperti Johor dan Pulau Pinang.

Araysi Berry Banana Chikku Dallona Cocktail Falooda Fruit Salad Ice Chocolate Juiceco Special Falooda Kiwi Juice Kiwi Story Lemon Mint Mango Juice Nouricious Romance Strawberry

Juiceco terletak di No.2, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan informasi terkini tentang aktiviti yang diadakan di Juiceco, sila layari laman web Juiceco Malaysia juiceco.com.my/, atau laman facebook www.facebook.com/juicecomalaysia/.

 

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!