Home / Artikel Menarik / Jom Kita Masak: Spagetti Telur Masin dengan Filet Ikan Masak Madu dan Kicap

Jom Kita Masak: Spagetti Telur Masin dengan Filet Ikan Masak Madu dan Kicap

Salmon telur masin

Bila bercakap tentang carboloading, secara automatik kita akan terbayang akan hidangan pasta. Apa kata kita cuba hidangan fusion citarasa Itali dengan ramuan tempatan seperti telur masin dan kicap untuk dinikmati oleh seisi keluarga.

Resepi ihsan Alce Nero, jenama organik terkemuka dari Itali yang diperakui Halal oleh badan-badan persijilan rasmi yang diiktiraf oleh JAKIM.

Spagetti Telur Masin dengan Filet Ikan Masak Madu dan Kicap
Untuk hidangan 2-4 orang

Masa penyediaan: 25 minit
Masa Memasak : 20 minit

Ramuan:
300 g Alce Nero Organic Spaghetti (dimasak)
4 biji kuning telur masin (dikukus selama 10 minit kemudian dilenyekkan)
2 cawan susu sejat
1 cawan stok sayuran (lebihkan jika perlu dicairkan)
½ cawan bawang besar (kuning) dihiris nipis
3 biji limau purut (dititik)
3 sudu besar Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil
Garam dan lada hitam secukup rasa

4 keping filet ikan siakap
3 sudu besar kicap
2 sudu besar Alce Nero Organic Wildflower Honey
1 sudu kecil rempah Guinea
¼ sudu kecil lada putih
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil

Perisa tambahan dan hiasan
1 cawan Alce Nero Organic Balsamic Vinegar
1 sudu besar Alce Nero Organic Acacia Honey

Kaedah

1. Campurkan Alce Nero Organic Balsamic Vinegar dan Alce Nero Organic Acacia Honey di dalam periuk dan panaskan secara perlahan. Didihkan selama 10-15 minit sehingga menjadi pekat dan melekat tebal apabila diletakkan pada belakang sudu, sebelum dihidangkan.

2. Perapkan filet ikan dengan kicap, Alce Nero Organic Wildflower Honey, rempah Gunea, lada putih, garam dan Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil selama 30 minit.

3. Bungkus filet ikan dengan kertas masakan dan masakkan dalam oven yang terlebih dahulu dipanaskan selama 20 minit pada suhu 200°C.

4. Sapukan sedikit Alce Nero Organic Acacia Honey pada filet ikan sebaik sahaja masak.

5. Panaskan 3 sudu besar Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil dalam kuali dan gorengkan bawang. Kemudian masukkan kuning telur masin dan masak sehingga berbuih. Tambahkan limau purut.

6. Tuangkan susu sejat dan stok sayuran dan panaskan sehingga mendidih. Sebaik sahaja sos berkenaan pekat, tambahkan Alce Nero Organic Spaghetti dan gaul rata. Tambahkan perisa dengan lada dan garam.

7. Masukkan spageti ke dalam pinggan dan letakkan filet ikan tadi. Hiaskan dengan campuran acacia honey dan balsamic vinegar.

Resepi ihsan: Alce Nero

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!