Home / Artikel Menarik / Jom Kita Masak: Bubur Lambuk Quaker Oats

Jom Kita Masak: Bubur Lambuk Quaker Oats

Quaker Bubur Lambuk

 
Hidangan sahur yang berkhasiat sangat penting bagi memastikan kita kekal bertenaga sepanjang hari dari waktu sahur sehinggalah iftar. Oat adalah sajian yang mengenyangkan kerana mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.

Oat dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

Jom kita cuba resepi Quaker Oats yang kongsikan chef selebriti Anis Nabilah di bawah:

Bubur Lambuk Quaker Oats

Bahan-Bahan

  • 300g beras, dibasuh dan dikeringkan
  • 150g keledek, dipotong dadu
  • 100g Quaker Quick Cook Oatmeal
  • 8 bawang, dihiris
  • 6 ulas bawang putih, dihiris
  • 4cm halia, dihiris nipis
  • 50g udang kering
  • 300g daging lembu, dihiris nipis
  • 2 liter air
  • 200g santan
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
  • 80g daun sirih, dihiris nipis
  • 80g daun basil, dihiris nipis
  • 80g pucuk paku, gunakan pucuk sahaja
  • 80g basil thai, gunakan daun sahaja
  • Garam mengikut rasa

 

Hiasan:

  • 6 cili merah, dihiris
  • 30g ketumbar, dihiris nipis
  • 50g bawang goreng

 

Cara

  1. Panaskan 4 sudu minyak sayuran. Goreng halia, bawang, bawang putih dan udang kering sehingga harum.
  2. Tambah air, beras, oat, keledek dan daging lembu. Masak sehingga air mendidih dan kurangkan haba. Biarkan mereneh selama 20-25 minit. Kacau campuran sekali-sekala.
  3. Tambah santan, sos ikan, lada hitam, garam, daun sirih, pucuk paku dan basil. Masak sehingga campuran mendidih.
  4. Hiaskan dengan ketumbar, cili merah dan bawang goreng sebelum disajikan.

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resipi Ramadan/Raya terkini, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.

 

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.