Home / Acara Pilihan / JBL EXTRAORDINARY SOUND EXPERIENCES 5KM FUN RUN 2017

JBL EXTRAORDINARY SOUND EXPERIENCES 5KM FUN RUN 2017

JBL_Fun_Run_001

Malaysia, Julai 12, 2017 – HARMAN, kumpulan audio global, infotainment dan kumpulan automasi global premium (NYSE:HAR), dengan bangganya mengumumkan Larian Ceria Malam 5km JBL yang bakal berlangsung pada 30 September 2017 (Sabtu) di Stadium Shah Alam mulai 5malam sehingga 11malam. Pengedar tunggal tempatan Hot Gadgets Distribution Sdn. Bhd. juga adalah penganjur bersama bagi larian ceria yang julung kali dianjurkan JBL ini.

Secara rasminya, Jeff Chin, telah diumumkan sebagai duta jenama Hot Gadgets dan jurucakap untuk Larian Ceria JBL 2017 dalam sidang akhbar hari ini. Jeff Chin amat berbakat dalam bidang pengacaraan, di samping menjadi juruhebah stesen radio MYFM, artis, dan hos rancangan TV.

“Kami amat yakin bahawa Jeff Chin dapat meningkatkan imej jenama Hot Gadgets sebagai sebuah syarikat teknologi yang berdaya saing. Ini kerana Jeff Chin seorang peminat tegar teknologi baru, serta berbakat dalam pelbagai bidang. Kami berasa bangga kerana berpeluang bekerjasama dengan Jeff Chin,” kata Encik YC Ng, Pengarah Jualan & Pemasaran Hot Gadgets Distribution Sdn. Bhd.

Jarak larian adalah sejauh 5km. Yuran pendaftaran adalah RM70 seorang bagi kategori biasa dan RM99 bagi JBL Combo (dengan Fon Telinga JBL T110).

Registration form v7

Larian Ceria Malam 5km JBL yang julung kalinya dianjurkan bertemakan “Pengalaman Muzik Luar Biasa”. Terdapat empat zon muzik yang memainkan genre muzik yang berbeza iaitu Retro, Funk, Hip Hop, dan EDM. Di  samping itu juga terdapat persembahan “Street Dance”.

Pek larian akan dilengkapi aksesori LED seperti cermin mata LED, lampu jari LED, “glow sticks”, dan silinder berlampu (“foam light sticks”).

Registration form v7

Para pelari dan orang ramai dijemput untuk memeriahkan Karnival JBL di Stadium Shah Alam. Terdapat pelbagai promosi hebat barangan audio JBL, selain daripada gerai-gerai permainan di mana peserta dapat memenangi cenderahati JBL, gerai penaja, permainan “inflatable” untuk kanak-kanak, gerai cetakan foto yang tidak terhad, dan zon trak makanan.

Karnival JBL juga menampilkan konsert mini selepas larian untuk hiburan semua. Antara artis-artis yang bakal membuat persembahan adalah kumpulan pop Fuying & Sam, Hael Husaini dan Shawn Lee.

JBL_Fun_Run_003

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari http://www.adrenalineaddict.asia/JBLFunRun2017

Check Also

KL Tower Towerthon Feature

KL TOWER INTERNATIONAL TOWERTHON CHALLENGE 2017

Share this on WhatsApp Acara ‘KL Tower International Towerthon Challenge’ kembali lagi buat kali ke-16 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *