Home / Berita Terkini / JAKEL Anjur Larian Amal Untuk Rohingya

JAKEL Anjur Larian Amal Untuk Rohingya

larian_jakel_rohingya_001

Kuala Lumpur, 14 November 2017 – Isu keganasan dan penindasan yang dialami oleh etnik Rohingya menyebabkan golongan ini menderita kesengsaraan. Ada antara mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh dan kekurangan sumber makanan akibat kepincangan dan serangan yang dialami oleh mereka.

Oleh itu Jakel terpanggil untuk membuka kesedaran masyarakat dengan mengadakan misi bantuan kemanusiaan ini bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya.

Lanjutan daripada itu, Jakel mengambil inisiatif dengan menganjurkan Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017. Penganjuran aktiviti larian ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di mana hasil daripada bayaran pendaftaran akan disalurkan 100% sepenuhnya kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya. Ini jelas menunjukkan bahawa Jakel bukan hanya menjalankan perniagaan sahaja malah terpanggil untuk membantu golongan ini disamping menyeru masyarakat untuk mengekalkan kualiti hidup cergas dan cerdas.

larian_jakel_rohingya_002

Menurut Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Kumpulan Jakel berkata “Jakel mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum tentang peranan Jakel yang bukan .sahaja menumpukan kepada operasi perniagaan semata-mata, malahan senantiasa menyokong usaha-usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat sekaligus mampu memacu peningkatan produktiviti negara”.

Tambah Datuk Hj Mohamed Faroz Mohamed Jakel lagi penganjuran larian ini adalah salah satu medium CSR, dimana hasil kutipan pembayaran pendaftaran penyertaan daripada peserta larian, sumbangan daripada Jakel Trading Sdn Bhd beserta daripada para penaja akan diberikan sepenuhnya dan diserahkan secara terus kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh. Sumbangan tersebut juga akan dibawa dan dihantar sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi Jakel kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh.

Program larian ini mensasarkan lebih ramai penyertaan daripada masyarakat luar sana ‘ mem andangkan ini adalah pertama kali diadakan oleh Jakel. Para peserta yang ingin menyertai penganjuran ini boleh membuat pendaftaran Jakej Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 diatas talian (online) menerusi laman web www.racexasia.com yang mana telah dibuka pendaftaranyanya pada 25 Oktober 2017.

Selain daripada pendaftaran online, pihak penganjur juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara off-line iaitu para peserta boleh berdaftar secara manual di kaunter pendaftaran yang dibuka di hadapan pintu masuk Jakel Mall KL. Kesitimewaan turut diberikan kepada 1000 peserta terawal yang berdaftar seperti kadar harga diskaun penyertaan dan cenderahati sebagai tanda penghargaan menyertai penganjuran aktiviti larian ini.

Terdapat dua kategori Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017 iaitu 10 kilometer (KM) dan dibahagikan kepada Terbuka Lelaki & Terbuka Wanita. Manakala Kategori 5 kilometer (KM) berkonsepkan “Fun Run” dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Kategori larian 10KM lebih berkonsepkan kepada larian secara pertandingan dimana ianya dibahagikan kepada Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita. Masing-masing dibuka penyertaan kepada semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas. Setiap penyertaan untuk kategori 10KM ini akan dikenakan bayaran serendah RM60 seorang.

Manakala untuk peserta 500 yang terawal akan diberi potongan harga yang istimewa sebanyak RM50 seorang. Para peserta untuk kategori 10KM juga boleh rebut peluang harga promosi yang bakal dibuka dengan bayaran RM55 seorang.

Bagi mereka yang ingin berdaftar secara berkumpulan minima 6 orang ahli turut sama bakal menikmati kadar bayaran istimewa. Kumpulan peserta yang didaftarkan awal akan menikmati kadar bayaran berharga RM270 dan harga promosi akan dibuka dengan bayaran sebanyak RM300. Manakala bayaran sebanyak RM330 untuk peserta berkumpulan yang berdaftar pada tempoh waktu biasa.

larian_jakel_rohingya_003

Larian 10KM akan bermula dan berakhir di Jakel Mall membawa kesemua peserta merentas laluan bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui beberapa jalan utama yang merangkumi Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mara Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, ialan Kuching, Lebuhraya Sultan Iskandar, dan Jalan Dato’ Onn sebelum berakhir di hadapan Jakel Mall KL.

Larian jarak 5KM ini lebih kepada konsep Fun Run, para peserta boleh membawa seisi keluarga untuk menyertainya. lanya seperti beriadah santai bersama ahli keluarga melalui jalan-jalan utama di Kuala Lumpur. Kategori 5KM ini juga terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan bayaran sebanyak RM55 seorang. Bagi pendaftaran 500 yang terawal, peserta boleh membayar dengan harga istimewa sebanyak RM45 seorang dan pihak penganjur juga akan membuka harga promosi untuk tempoh seminggu dengan kadar bayaran RM50 seorang.

Seperti kategori 10KM, larian kategori 5KM juga dibuka penyertaan kepada peserta berkumpulan dengan minima 6 orang ahli. Bagi kategori berkumpulan, bayaran biasa akan dikenakan sebanyak RM 300 untuk satu kumpulan, dan RM270 untuk harga promosi serta peserta 500 yang terawal mendaftarkan penyertaan akan menikmati kadar bayaran hanya RM 240 bagi setiap kumpulan.

Peserta kategori 5KM ini akan memulakan larian di hadapan Jakel Mall KL dan melalui jalan utama di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur antaranya Jalan Dang Wangi, Jalan Mara, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching dan menamatkan larian di hadapan Jakel Mall KL.

Kesemua para peserta yang menyertai Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 layak untuk menerima barangan “Race Pack” berbentuk sebuah bag dimana didalamnya dilengkapi T-shirt, Botol air, Nombor bib, baucar makanan, tuala muka (1000 penyertaan yang terawal) dan lain-lain. Manakala pemberian medal dan topi akan diserahkan di garisan penamat sejurus peserta melengkapkan larian masing-masing.

larian_jakel_rohingya_004

Penganjuran aktiviti larian ini menawarkan hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan melebihi RM250,000 termasuh hadiah wang tunai dan hadiah-hadiah penajaan yang lain untuk dibawa pulang oleh para peserta. Pemenang bagi kategori 10KM untuk kedua-dua Terbuka Lelaki & Wanita akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 untuk hadiah tempat pertama, RM3,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM2,000. pe,menang tempat keempat dan kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,500 dan RM1,000. Manakala bagi pemenang tempat keenam sehingga tempat icsepuluh masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM800 setiap seorang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama Ice Watch bernilai RM369.

Manakala peserta untuk Fun Run iaitu kategori 5KM turut berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Pemenang bagi kategori 5KM untuk kedua-dua Terbuka Lelaki & Wanita akan membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 untuk hadiah tempat pertama, RM2,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM1,000.

Pemenang tempat keempat sehingga tempat kesepuluh masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM500 setiap seorang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama Ice Watch bernilai RM369.

Kesemua para peserta larian amal ini juga boleh berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berbentuk sebuah motosikal, kasut sukan berjenama Asics, jam tangan berjenama Ice Watch, hamper barangan tajaan daripada para penaja Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017.

larian_jakel_rohingya_001

Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 yang diseliakan oleh The Equip Management dan ditanggung sepenuhnya oleh Jakel daripada kesemua aspek antaranya penganjuran majlis dan hadiah, serta Race Pack (beg, t-shirt, botol air, dan medal) bermatlamat untuk melahirkan kesedaran terhadap masyarakat tentang pentingnya menjalani gaya hidup sihat sekali gus meraikan ulangtahun ke Jakel yang ke-32 tahun sejak mula beroperasi di Segamat, Johor.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.racexasia.com/event/the-great-jakel-run-2017/

Check Also

zaiton othman

Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah untuk mengawal

Share this on WhatsApp Peranan utama Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah untuk mengawal, bukannya untuk menguatkuasakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *