Home / Artikel Menarik / Interviu: Koay Jin May – Juara TEST OF WILL (Malaysia) 2017

Interviu: Koay Jin May – Juara TEST OF WILL (Malaysia) 2017

image1
Koay Jun May (kiri)

 

Kecil-kecil cili padi! Koay Jin May bukan sahaja menjuarai kategori wanita Test of Will Peringkat Malaysia anjuran Under Armour, tetapi skor yang dicapainya juga mendahului juara lelaki, Khoo Teik Guan.

Dalam pertandingan ini, peserta-peserta diuji dari segi kepantasan, imbangan, kelincahan dan kekuatan dalam senaman Burpees, One Arm Thruster, TRX Rows dan Sandbag Throw dalam masa 4 minit.

Jom kita baca interviu eksklusif #jomkitalari dengan Koay Jin May yang bakal mewakili Malaysia ke peringkat akhir Test of Will Asia Tenggara pada 6 Mei akan datang.

1. Adakah anda memang seorang “fitness buff” dari dulu lagi?
Saya adalah pelari pecut ketika di sekolah rendah dan selalu mewakili sekolah untuk MSSPP dan MSSM. Namun begitu, saya berhenti mengambil bahagian dalam acara sukan di sekolah menegah untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran. Di kolej, saya menyertai pasukan bola tampar. Selepas tamat kolej, saya ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pengajian dan saya mengikuti kawan-kawan ke gym untuk bersenam.

Saya mula berminat dengan fitness selepas menyertai perlumbaan bot naga dengan KL Barbarians dua tahun lepas. Pada mulanya, tujuan saya mendaftar untuk ke gym adalah untuk menguatkan stamina dan prestasi untuk perlumbaan bot naga. Perlumbaan bot naga perlukan kerjasama sepasukan dan saya tidak mahu mnegecewakan pasukan saya.

Sejak saya mulakan latihan di Honey Badgers Coaching Facility, minat saya dalam bidang fitness bertambah. Saya nampak perubahan dari segi kekuatan dan stamina melalui program metabolic conditioning yang melibatkan angkat berat, powerlifting, metcon dan kardio. All these have turned me into what I am today!

2. Apakah faktor-faktor pendorong anda untuk meneruskan gaya hidup cergas?
Saya dan rakan-rakan gym sering saling mendorong sesame sendiri untuk menjadi lebih baik. Saya amat bertuah mendapat seorang teman lelaki, Javen Yeoh dan adiknya, Kelvin Yeoh sebagai pelatih fitness saya. Saya mendapat banyak tips dan panduan yang berguna daripada mereka. Saya melihat peningkatan yang baik dalam masa yang pendek. Ini mendorong untuk berlatih dengan lebih keras.

3. Mengapa anda menyertai pertandingan Test of Will?
Sebenarnya, niat saya adalah untuk mendapatkan beg goodie Under Armour dan penyertaan adalah percuma. Saya gemar mengumpul goodies bag dari pertandingan sebagai tanda ingatan. Tanpa disangka, saya berjaya mendapat mata yang tertinggi dalam kategori lelaki dan wanita tanpa latihan dan persiapan.

4. Apakah persiapan anda selepas mendaftar untuk Test of Will?
Seperti yang dikatakan tadi, saya tidak mempunyai latihan khusus sebelum pertandingan ini. Walau bagaimanapun, saya ke gym dengan konsisten.

5. Apakah regim fitness anda?
Saya work out 3 – 5 kali seminggu, kira-kira 1.5 jam setiap sesi di mana ia dibahagi kepada tiga iaitu pre WOD, WOD dan post WOD.

Pre WOD merangkumi pergerakan kompaun seperti back squat, deadlift, clean and snatch. WOD mempunyai fokus kepada Metabolic Conditioning (MetCon) bertujuan untuk meningkatkan kadar degupan jantung dalam jangkamasa yang tersingkat. Antara senaman WOD adalah weightlifting, powerlifting, callisthenic dan cardio.

Untuk post WOD, saya akan buat senaman isolation dan core.

6. Adakah anda berlari sebagai senaman kardio?
Saya jarang berlari kecuali ia sebahagian daripada program senaman. Saya lebih menumpukan kepada senaman kekuatan (strength) dan conditioning. Kadang-kala saya buat lompat tali (skipping) sebagai senaman warm up.

Saya pernah menyertai beberapa larian 10K dan 21k cabaran berhalangan di tahun 2014 dan 2015. Saya banyak berlari pada tahun-tahun sebelum ini untuk meningkatkan stamina dan menambahkan kapasiti paru-paru. Selepas saya mulakan senaman metcon, saya sedar yang kalua saya buat berlari sahaja, saya tidak dapat meningkatkan lagi pencapaian. Jadi sayacuba masukkan strength training ke dalam rutin senaman.

7. Adalah berlari dapat membantu anda dalam Test of Will?
Ya. Berlari boleh membantu saya untuk mencapai stamina base yang baik, kapasiti paru-paru yang lebih tingi, dan meningkatkan ladi daya tahan otot-otot saya. Tetapi saya perlukan tahap kekuatan untuk mengangkat bebanan dan bertahan dalam masa 4 minit yang diberikan dalam Test of Will.

8. Malaysia adalah negara yang mempunyayi tahap obesiti yang paling tinggi di Asia Tenggara. Apakah nasihat anda kepada seseorang yang ingin menjadi lebih cergas dan sihat?
Ia masih belum terlambat untuk bermula. Jika anda tidak tahu bagaimana, cuba sertai komuniti atau acara kecergasan di luar sana. Dari sana, dapatkan kumpulan orang yang mempunyai mindset yang sama – untuk kedihupan lebih sihat. Anda boleh saling menyokong dan membantu satu-sama lain dalam senaman.

9. Apakah harapan anda dalam peringkat akhir Test of Will nanti?
Saya tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi tetapi saya akan buat yang terbaik, go all out! Saya mahu menikmati pertandingan ini sambil mengaut pengalaman di luar negara kerana ini adalah kali pertama saya mewakili Malaysia.

Good luck, Jin May! Make Malaysia proud!

#jomkitalari

Nota: Acara Peringkat Akhir Asia Tenggara Under Armour Test of Will akan berlangsung pada 6 Mei 2017 di Berjaya Times Square. Para pemenang dari negara Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapura dan Thailand akan berentap untuk gelaran Juara Test of Will Asia Tenggara dan membawa pulang hadiah tunai S$2,500. . Untuk maklumat lanjut, sila layari http://testofwill.com/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!