Home / Artikel Menarik / Interviu: Edan Syah Menaruh Harapan di GORRF 2018

Interviu: Edan Syah Menaruh Harapan di GORRF 2018

Setelah hampir 20 acara marathon yang telah disertainya dalam tempoh 11 tahun, kini Edan Syah telah bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam karier lariannya. Beliau bakal menyertai ultramarathon 60km yang pertama baginya di Great Ocean Road Running Festival (GORRF) 2018.

Edan Syah at Medibank 2016 - Copy
Edan (Kiri) di Medibank Melbourne Marathon 2016

#JOMKITALARI sempat menemubual Edan sebelum beliau berangkat ke Victoria, Australia untuk GORRF 2018 yang bakal berlangsung pada 19 dan 20 Mei ini.

Apakah persediaan yang anda lakukan untuk GORRF?
Latihan saya telah dimulakan sejak bukan Januari tahun ini. Saya telah menyertai acara marathon penuh setiap bulan dalam tempoh empat bukan kebelakangan ini sebagai persiapan Ultramarathon saya yang pertama sejauh 60km. Saya berharap persiapan saya mencukupi untuk menamatkan perlumbaan dengan mantap.

Mengapakah anda memilih untuk melakukan larian Ultra 60km pertama di GORRF?
Saya amat terpesona dengan keindahan pemandangan di Great Ocean Road. Dalam tahun 2015 dan 2016, saya pernah ke Melbourne untuk mengambil bahagian dalam Melbourne Marathon Festival. Adalah menjadi impian saya untuk melawati lebih banyak tempat-tempat menarik di Melbourne dan juga mengambil bahagian dalam Great Ocean Road Running Festival (GORRF). Saya amat bersyukur kerana mendapat jemputan daripada Visit Victoria untuk menyertai GORRF2018 and saya teruja untuk menyahut cabaran pengalaman ultramarathon saya yang pertama di sana.

Pada pendapat anda, bagaimanakah strategi larian ultra 60km berbeza dengan 42km?
Dalam karier saya sebagai seorang pelari selama 11 tahun, saya telah pelajari bagaimana untuk menamatkan jarak 42.195km dengan baik. Namun begitu, saya masih rasa rendah diri dengan pengalaman yang saya ada. Saya sentiasa ingin cuba melangkaui had dan memaksimakan potensi saya. Saya bersedia untuk menghadapi cabaran baru dalam jarak yang lebih jauh dalam ultramarathon. Salah satu strategi saya adalah menggunakan heart rate untuk memantau perlumbaan saya.

“I am ready to take on a new challenge to run an Ultra distance marathon and re-discover my potential. Honestly, I have never run the 60km distance and my wish is to start the run comfortably and to complete the distance strong” – Edan Syah

GORRF

Apakah harapan anda dalam larian Ultra anda yang pertama di GORRF?
Harapan saya adalah untuk mencapai prestasi yang cemerlang dan sekali gus mengharumkan nama Malaysia di dalam acara antarabangsa seperti ini. Pengalaman yang saya raih nanti akan dikongsikan kepada komuniti larian Malaysian dengan harapan mereka akan menyertai perlumbaan tersebut di masa akan datang.

Pesanan kepada pembaca yang ingin menyertai GORRF 2018?
Oleh kerana ini adalah penyertaan pertama saya di GORRF, saya cuma bergantung kepada ulasan-ulasan bagus daripada peserta yang pernah menyertai acara ini, tentang  pemandangan indah di sepanjang laluan dan pengalaman yang menakjubkan di sana. Pesanan saya adalah – daftarlah dengan segera dan bersedialah untuk pengalaman yang mempersonakan di Great Ocean Road. Jumpa di sana!

GORRF - 14

GORRF 2018 bakal dilangsungkan lokasi yang indah di Victoria, Australia yang terletak di Southern Ocean. Edisi ke-14 acara ini yang akan diadakan pada 19 dan 20 Mei bakal menarik penyertaan dari seluruh pelusuk dunia dan menawarkan kategori jarak dari 1 1/2 km untuk Kids’ Gallop sehingga ke ultramarathon 60 km.

Untuk maklumat lanjut tentang GORRF, sila layari http://greatoceanroadrunfest.com.au.

Wakil pelancongan rasmi, Holiday Tours Malaysia juga menawarkan pakej berlari sambil melancong 5 Hari, 4 Malam dan pakej pendaftaran GORRF di: http://www.holidaytours.com.my/greatoceanroad-runningfestival/

Para peserta yang mendaftar untuk GORRF juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti hujung minggu di sana dengan percuma. Lorne dan Apollo Bay bakal menjadi hos kepada festival layang-layang, muzik live dan sesi yoga untuk para pengunjung festival.

Untuk maklumat lanjut tentang Melbourne, sila layari www.visitmelbourne.com dan berinteraksi di media sosial dengan tanda pagar #visitmelb.

Imej dibekalkan oleh Visit Victoria.

Check Also

DHC 2018_Besraya (9) - Copy

6000 Pelari Sahut Cabaran Lebuhraya Besraya

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 29 April 2018 – IJM Allianz Duo Highway Challenge …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *