Home / Berita Terkini / IJM LAND HALF MARATHON Sasar 7000 Pelari

IJM LAND HALF MARATHON Sasar 7000 Pelari

IJM_Half_Marathon_001

Seremban, 3 April 2017 – IJM Land Half Marathon 2017 bakal kembali dengan tagline ‘Run Together, Bond Stronger’! Acara lumba lari yang dinanti-natikan ini bakal dilangsungkan pada 13 Ogos 2017 di Dataran Centrio, Seremban 2 dan bermatlamat untuk mengetengahkan gaya hidup sihat dan memupuk semangat perpaduan di dalam masyarakat.

Menurut Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad (Kawasan Tengah), IJM Land Half Marathon 2017 terus mendapat sokongan daripada komuniti pelari dan orang awan dalam tahun keenam penganjurannya. Tahun ini IJM Land Half Marathon mensasarkan 7000 penyertaan dari seluruh negara

“IJM Land Half Marathon adalah satu acara yang wajib dianjurkan oleh kami,” tekan Dato’ Hoo di pelancaran IJM Land Half Marathon 2017 baru-baru ini.

IJM_Half_Marathon_002

Sejumlah dana yang dikumpul melalui IJM Land Half Marathon 2017 bakal disalurkan ke dua buah badan kebajikan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA). IJM Land tidak melupakan tanggungjawab hidmat sosialnya untuk meningkatkan mutu kehidupan golongan yang kurang bernasib baik.

Melalui sukan, IJM Land berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysians, tanpa mengira umur untuk menjadi lebih prihatin.

IJM Land Run menampilkan beberapa kategori termasuk larian 21KM (Half Marathon), 10KM untuk lelaki dan wanita (18 tahun ke atas) dan 10KM lelaki dan perempuan (12 tahun ke atas – kategori junior). Pelari terpantas akan dianugerahkan trofi besar IJM Land Half Marathon, manakala juara dalam kategori masing-masing untuk 3 tahun berturut-turut akan dianugerahkan Trofi Cabaran.

Selain itu, setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan membawa pulang “goodie bag” dengan pelbagai cenderahati daripada Yakult dan penaja yang lain, pingat penamat dan sijil penyertaan. Terdapat juga hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM10,000 untuk dimenangi. Bagi peserta yang menamatkan larian 21KM pula akan menerima kemeja-T penamat Ultron- Micro-dry.

 

IJM_Half_Marathon_003

Suasana karnival di tapak larian bakal dimeriahkan lagi dengan pemberian percuma bertih jagung, gula-gula kapas, aiskrim, belon dan banyak lagi. Peserta dan pengunjung dialu-alukan untuk menyertai pelbagai aktiviti pada hari perlumbaan seperti gerai foto cetakan segera Yakult, di mana pengunjung berpeluang untuk bergambar dengan selebriti dan duta Yakult, Jack Lim.

Saringan kesihatan percuma untuk tekanan darah, ujian glukos, ujian kolestrol dan rawatan fisio untuk masalah otot boleh dibuat di booth Columbia Asia Hospital Seremban. Befrienders Seremban juga bakal menawarkan sokongan dan motivasi untuk golongan yang tertekan dan memerlukan bantuan dari segi emosi.

Acara IJM Land Half Marathon 2017 disokong oleh Gold Sponsor TDK, kenderaan rasmi BMW Millennium Welt Seremban, Minuman Rasmi 100 Plus dan Ice Mountain, Pakaian Rasmi Ultron, Rakan Media Sin Chew Daily dan The China Press, Rakan Perubatan Colombia Asia Hospital Seremban, Rakan Kebajikan Alpro Pharmacy, Rakan Acara dan Teknikal EC Pixels dan penaja-penaja lain seperti McDonald’s, Spoon Health, 2XU, BioTech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2.

Untuk maklumat lanjut tentang IJM Land Half Marathon 2017, sila layari www.ijmlandrun.com.

 

Check Also

SEA Games athletes Zaidatul Husniah, Under Armour Brand Ambassador Linora Low, Nana al Haleq, Kit Mah and SEA Games athlete Mohd Irfan Shamsuddin. - Copy

Foto: Sekitar Larian Belon Under Armour di Pagi Bebas Kenderaan KL

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 16 Julai 2017 – Under Armour, jenama pakaian sukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *