Home / Berita Terkini / IJM LAND HALF MARATHON 2018 Sasar 9,000 Pelari

IJM LAND HALF MARATHON 2018 Sasar 9,000 Pelari

IJM_Land_HalfMarathon_001

Seremban, 18 April 2018 – Bakal berlangsung pada 12 Ogos 2018, IJM Land Half Marathon 2018 menyasarkan 9,000 pelari bukan sahaja di Malaysia tetapi dari seluruh dunia. Objektif utama penganjuran acara ini adalah bagi menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya komuniti di sekitar Seremban 2 untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad (Wilayah Tengah) berkata, “Sejak dari tahun 2012 lagi, acara sukan tahunan ini telah mendapat sambutan hebat dan mempunyai pengikut-pengikut yang setia di kalangan komuniti larian di Malaysia. Ia bukan sahaja satu platform untuk para pelari, tetapi juga untuk memperkukuhkan ikatan di kalangan masyarakat setempat seperti yang dicerminkan dalam slogan motivasi –  ‘Run Together, Bond Stronger ‘.

Untuk tahun ketiga berturut-turut, dana yang diperolehi daripada IJM Land Half Marathon 2018  akan disalurkan kepada dua badan kebajikan, iaitu Pertubuhan Hospis Negeri Sembilan (Hospis) dan Persatuan Penyakit Lysosomal Malaysia (MLDA). IJM Land mengiktiraf peranan penting setiap pertubuhan ini dalam meningkatan kualiti hidup anggota masyarakat yang kurang bernasib baik.

IJM Land Half Marathon 2018 akan menampilkan kategori 21KM (Separuh Marathon) dan 12KM bagi pelari perempuan dan lelaki berumur 18 tahun ke atas.  Satu kategori baru iaitu 5KM turut diperkenalkan untuk individu 18 tahun ke atas sebagai larian ceria.

Juara kategori lelaki dan perempuan yang terpantas dalam perlumbaan 21KM berpeluang untuk menerima piala pusingan “IJM Land Half Marathon Challenge Trophy”. Piala ini akan dianugerahkan kepada peserta lelaki dan perempuan yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kategori masing-masing tiga tahun berturut-turut.

Setiap pelari yang menamatkan perlumbaan bakal menerima beg cenderahati dengan pingat dan sijil penamat. Mereka juga berpeluang untuk mencuba nasib dalam acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai lebih daripada RM50,000. Pelari yang menamatkan perlumbaan 21km juga layak menerima kemeja-T penamat “Ultron Micro-dry”.

IJM_Land_HalfMarathon_002

IJM Land Half Marathon 2018 juga disokong oleh Penaja Platinum Ionman Group, Penaja Emas TDK, kenderaan rasmi BMW Millennium Welt Seremban, Minuman Rasmi 100 Plus dan Ice Mountain, Pakaian Rasmi Ultron, Rakan Media Sin Chew Daily dan The China Press, Rakan Perubatan Columbia Asia Hospital Seremban, Rakan Acara dan Teknikal EC Pixels, dan Rakan Sokongan McDonald’s, Yakult, SVC, Spoon Health, 2XU, RockTape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2. Befrienders Seremban juga akan membuka gerai pada hari perlumbaan sebagai program kesedaran mereka dan memberi sokongan pada hari perlumbaan tersebut.

Pendaftaran untuk menyertari IJM Land Half Marathon 2018 telah dibuka sekarang.

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2018 dan cara mendaftar, sila layari www.ijmlandrun.com.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!