Home / Berita Terkini / IJM ALLIANZ DUO HIGHWAY CHALLENGE 2018 Perkenal Kategori Antarabangsa

IJM ALLIANZ DUO HIGHWAY CHALLENGE 2018 Perkenal Kategori Antarabangsa

duo-highway-challenge_003

Kuala Lumpur, 6 Februari 2018 – Selepas kejayaan menganjurkan IJM Allianz Duo Highway Challenge 2017 dengan gemilang tahun lalu, IJM Corporation Berhad dan Allianz Malaysia Berhad sekali lagi bergabung untuk membawa acara tersebut yang menjanjikan lebih keterujaan untuk peserta berlari di Kuala Lumpur pada tahun ini. Cabaran ini dianjurkan oleh Besraya (M) Sdn Bhd (Besraya), New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE), dan EC Pixels.

Cabaran Lebuhraya Besraya menawarkan laluan sejauh 13km untuk acara utama dan 6km fun run pada 29 April 2018 sementara Cabaran Lebuhraya NPE pula menawarkan jarak yang lebih mencabar iaitu 21km maraton separuh serta larian 10km pada 29 Julai 2018.

Sejak debutnya tahun lepas, acara ini merupakan satu-satunya cabaran melibatkan dua lebuhraya di Malaysia. Kedua-dua acara pastinya memberi keterujaan kepada penggemar acara larian, memandangkan laluan untuk jarak 21km tahun ini agak berbeza berbanding laluan tahun lalu dimana peserta berpeluang melalui persimpangan bertingkat Pantai Sentral Park yang baharu – dijangka siap sepenuhnya sebelum bermulanya cabaran NPE.

Selaku penaja lokasi, Besraya dan NPE bertanggungjawab dalam mendapatkan kebenaran untuk menganjurkan acara ini dari pihak-pihak berkuasa seperti Kementerian Kerja Raya (KKR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Bahagian trafik Bukit Aman telah pun memberi kelulusan terhadap pelan pengurusan trafik untuk penutupan sementara dari jam 2 pagi hingga 12 tengahari pada Ahad, 29 April ini bagi cabaran lebuhraya Besraya manakala bagi cabaran Lebuhraya NPE pula, laluan akan ditutup juga bermula jam 2 pagi hingga 12 tengahari pada 29 Julai 2018. Sepanjang tempoh penutupan kedua-dua lebuhraya ini, pengguna diminta untuk menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan dan penganjur berjanji untuk memastikan publisiti serta hebahan dilakukan dengan secukupnya kepada para pengguna.

duo-highway-challenge_001

“Kami sangat berbangga untuk mengumumkan penganjuran IJM Allianz Duo Highway Challenge untuk tahun 2018 dimana acara ini membuktikan komitmen jangka panjang kami untuk terus menyumbang secara positif kepada sukan dan masyarakat. Edisi tahun lepas dianjurkan penuh kejayaan, para peserta gembira berlari di atas lebuhraya tanpa satu pun kenderaan menghalang laluan. Keselamatan para peserta sentiasa menjadi keutamaan kami agar mereka dapat berlari dengan tenang di samping menikmati pemandangan indah” kata Dato’ Soam Heng Choon, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad.

Penganjur turut berbesar hati untuk mengumumkan 3 penerima sumbangan khas hasil dari dana lebihan yang dikutip pada IJM Allianz Duo Highway Challenge tahun lepas. Sumbangan khas tersebut akan diberikan kepada Persatuan Lysosomal Malaysia yang menerima wang tunai sebanyak RM 10,000, manakala Sekolah Rendah Agama Medan Harun pula menerima set penghawa dingin bagi bilik guru dan Projek Perumahan Rakyat Seri Malaysia menerima sumbangan kemudahan dan alatan untuk bilik mesyuarat.

Acara tahun lepas berjaya menarik penyertaan seramai 15,100 peserta dimana 5,700 daripada menyertai Cabaran Lebuhraya Besraya sementara 9,400 lagi menyertai Cabaran Lebuhraya NPE. Tahun ini, dijangkakan 15,500 peserta akan menyertai cabaran dengan penambahan satu lagi kategori dipertandingkan iaitu kategori antarabangsa. 10 peserta setiap kategori yang berjaya mencatatkan masa terpantas berpeluang memenangi hadiah keseluruhan yang ditawarkan berjumlah RM 72,700. Peserta juga akan menerima ‘dry bag’ dalam kit larian (khas kepada yang mendaftar untuk kedua-dua larian sahaja).

duo-highway-challenge_004

Penganjur juga bercadang untuk menganjurkan 3 klinik larian bagi menggalakkan gaya hidup sihat kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan sukan larian mahupun yang berhasrat untuk memperbaiki larian mereka. Klinik ini terbuka tanpa sebarang bayaran. Walau bagaimanapun slot yang disediakan adalah terhad dan diberikan kepada siapa yang mendaftar terlebih dahulu.

Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad berkata, “Dua larian, dua jarak kompetetif, dua lebuhraya! Ini adalah acara yang sangat bertepatan dengan azam Tahun Baru yang telah ditanam. Ini juga antara faktor mengapa Allianz sangat berbangga untuk sekali lagi bekerjasama dengan IJM bagi menganjurkan IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018. Kerjasama ini dibuat berdasarkan matlamat bersama kami untuk mengukuhkan komitmen dalam memacu agenda gaya hidup yang sihat di kalangan rakyat Malaysia. Penganjuran tahun lepas yang mengumpul lebih 15,000 peserta pada edisi pertama membuktikan segala-galanya. Ia memberikan pengalaman baharu dan cabaran luar biasa kepada para peserta sebagai objektif, saya rasa Cabaran Duo Lebuhraya ini telah mencapai matlamatnya”.

“Tahun ini kami membuat keputusan untuk memperkenalkan kategori antarabangsa bagi memberikan peluang kepada semua peserta luar negara berlari di atas lebuhraya ini.  Kami sentiasa mencari peluang baru untuk memastikan acara ini menarik di mata peserta” kata Eugene Chan, Pengarah Urusan Kumpulan EC Pixels.

IJM Allianz Duo Highway Challenge 2018 disokong oleh penaja utama iaitu IJM Corporation Berhad dan Allianz Malaysia Berhad; rakan kongsi platinum – Exsim Development Sdn Bhd, rakan kongsi emas – Gigatera (M) Sdn Bhd, rakan kongsi perak – Magnetic Control Systems Sdn Bhd, minuman istonic rasmi – 100plus, pakaian rasmi – brooks, serta rakan kongsi lain seperti System Builders Maintenance Services Sdn Bhd, Affin Hwang, Oakley Malaysia, Mutu Potensi Sdn Bhd, Garmin Malaysia, 2XU Compression, Rock Tape Malaysia, Sunway Velocity Mall, Sunway Pyramid Mall, IJM Land, Nestle Milo, Nestle Fitness, Ice Mountain, Tanjung Balai and RTS.

duo-highway-challenge_005

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran, larian dan kit larian, sila layari www.ijmhighwayrun.com atau www.justonlineregistration.com

Pendaftaran ditutup pada 31 Mac 2018 untuk Besraya Highway Challenge (E9) dan 30 Jun 2018 untuk NPE Highway Challenge (E10).

Check Also

Lari Sambil Beramal dengan AXA HEARTS IN ACTION RUN KE-4

Share this on WhatsApp Bagi empat tahun berturut-turut, AAGI akan menganjurkan AXA Hearts in Action …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.