Home / Berita Terkini / HyppTV Perkenalkan Tiga Saluran Khusus Sukan SEA

HyppTV Perkenalkan Tiga Saluran Khusus Sukan SEA

Logo SEA Games HyppTV

Bersempena Sukan SEA KL 2017 pada bulan Ogos, HyppTV turut memperkenalkan tiga (3) saluran khusus Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), termasuk satu (1) Saluran Interaktif untuk pelanggan HyppTV.

Saluran-saluran berkenaan akan mula bersiaran bermula 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017. Saluran-saluran Sukan SEA KL 2017 ini boleh dinikmati secara PERCUMA oleh semua pengguna HyppTV Everywhere jadi anda boleh menonton setiap aksi Sukan SEA KL 2017 di telefon pintar anda, TV pintar, tablet ataupun PC, pada bila-bila masa, di mana sahaja dan menerusi sebarang rangkaian sepanjang tempoh tontonan percuma itu.

“Selain itu, bagi menyemarakkan lagi semangat untuk menyokong para atlet kebangsaan kita yang bertanding di KL2017, kami telah memperkenalkan 3 saluran khusus Sukan SEA KL 2017 untuk para pelanggan serta seluruh masyarakat awam nikmati baik di rumah mahupun di mana sahaja dengan aplikasi HyppTV Everywhere, secara PERCUMA, menepati janji kami, “Hidup Lebih Mudah”. Jadi, anda tidak akan terlepas menyaksikan semua aksi-aksi itu!” tambah beliau.

Saluran Sukan SEA KL 2017 (Saluran 720 dan Saluran 721)

Saluran-saluran Sukan SEA KL 2017 di HyppSports HD akan menyiarkan liputan kesemua 38 acara Sukan SEA KL 2017, yang boleh anda tonton 24 jam sehari, di rumah atau di mana sahaja dengan aplikasi HyppTV Everywhere.

Saluran-saluran tersebut adalah:

• HyppSports HD – KL2017 1 (Saluran 720)
• HyppSports HD – KL2017 2 (Saluran 721).

Selain itu, pelanggan HyppTV juga boleh menikmati saluran interaktif KL2017 yang boleh diakses dengan menekan butang i pada alat kawalan jauh HyppTV. Saluran interaktif itu akan menyediakan maklumat terkini mengenai KL 2017, sorotan berita, kutipan pingat, jadual perlawanan, sorotan video dan banyak lagi. Saluran-saluran Sukan SEA KL 2017 akan mula bersiaran bermula 19 hingga 30 Ogos 2017.

Kepada mereka yang berbelanja dengan lebih berhemah dalam persekitaran ekonomi yang mencabar hari ini dan ingin lebih berjimat, anda tidak perlu risau kerana kandungan berkualiti di HyppTV boleh dinikmati tanpa gangguan cuaca dan bertambah baik apabila harga Pek-pek Nilai telah diturunkan.

Pada bulan Jun 2017, HyppTV telah memperkenalkan satu pek nilai baharu, Jumbo Lite Pack yang menawarkan 25 Saluran Percuma dan 15 Saluran Premium pada hanya RM30 sebulan, pastinya tawaran yang berbaloi untuk wang anda! Bukan itu sahaja, HyppTV Ruby Pack kini hanya RM30 sebulan (dahulunya RM40 sebulan) sementara HyppTV Sports Pack kini hanya RM30 sebulan (dahulunya RM50 sebulan), tentunya berita gembira untuk anda.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hypptv (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), www.instagram.com/hypptv (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

Check Also

Electric_Run_Malaysia_002

14,000 Pelari Menyinari AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED di Putrajaya

Share this on WhatsApp Putrajaya, 29 Julai 2017 – Pelari, pejalan kaki dan penari menyinari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *