Home / Artikel Menarik / Jom Cuti / Hong Kong Perkenal Tawaran Terbaik Bagi Pelancong Muslim

Hong Kong Perkenal Tawaran Terbaik Bagi Pelancong Muslim

hong_kong_tourism_001    
KUALA LUMPUR, 4 Mei 2018 – Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) bekerjasama dengan Have Halal, Will Travel (HHWT), platform perjalanan dalam talian untuk mengetengahkan Hong Kong sebagai destinasi  pelancongan Muslim terkenal dan menamakan Hong Kong sebagai destinasi pilihan terbaik. Usaha ini adalah misi bersama untuk menghasilkan siri kandungan yang disasarkan kepada pelancong Muslim, termasuk panduan dan jadual perjalanan serta tip-tip untuk terokai Hong Kong seperti orang tempatan sambil menikmati hidangan Halal yang lazat, kemudahan solat dan mesra Muslim yang lain.

hong_kong_tourism_002

Encik Raymond Chan, Pengarah Serantau, Asia Tenggara HKTB berkata, “Dari bandar metropolitan yang sibuk dan pemandangan yang menakjubkan ke kawasan-kawasan desa dan gunung-ganang yang menghijau, Hong Kong memikat dan menawan hati para pelancong dari seluruh dunia. Melalui usahasama dengan Have Halal, Will Travel; kami berharap dapat menarik lebih ramai pelancong Muslim untuk melawat dan meneroka pelbagai tarikan yang terdapat di Hong Kong. Budaya yang pelbagai dan inklusif di Hong Kong menyediakan persekitaran yang mesra dan mudah untuk pelancong Muslim makan angin Hong Kong dengan selesa dan yakin. ”

hong_kong_tourism_003

Terdapat 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia, mewakili 24% daripada populasi dunia. HKTB mengiktiraf populasi pelancong Muslim yang besar di Asia Tenggara dan telah mengenal pasti segmen ini berpotensi untuk berkembang pesat. Rantau Asia Tenggara sahaja didiami oleh 290 juta umat Islam, iaitu kira-kira 42% daripada jumlah penduduk Asia Tenggara. Pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menarik pelawat Muslim ke Hong Kong, kolaborasi bersama HHWT ini merupakan salah satu inisiatif tersebut.

Hong Kong terus memegang gelaran sebagai bandar yang paling kerap dilawati di dunia untuk tahun ketujuh berturut-turut, dan merupakan salah satu daripada lima destinasi mesra Muslim di kalangan negara-negara bukan OIC. Selaras dengan objektif HKTB untuk meningkatkan kesedaran mengenai tawaran mesra Muslim di Hong Kong kepada pelancong Islam di rantau ini, kerjasama di antara HKTB  dan HHWT akan meningkatkan lagi kedudukan Hong Kong sebagai Bandar Dunia Asia.

hong_kong_tourism_004

Terdapat 70 restoran yang disahkan halal oleh Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong di kawasan Kepulauan Hong Kong, Kowloon dan Wilayah Baru; yang termasuk 13 buah restoran di hotel. Pelbagai pilihan dari dim sum tempatan yang Halal dan masakan Kantonis, hidangan gastronomi India dan makanan-makanan dari benua lain yang ditawarkan di sini. Pengunjung juga boleh mencuba hidangan istimewa di  Hong Kong, seperti bo lo bao, tart telur dan pastri Halal yang terdapat di Chrisly Inn. Kafe ini mempunyai bakeri halal yang khusus untuk memastikan para pengunjung Muslim dapat menikmati hidangan tempatan khas Hong Kong.

hong_kong_tourism_006

Untuk mendekati lebih ramai pelancong Muslim dan memperkenalkan Hong Kong sebagai destinasi yang ideal, HKTB telah bekerjasama dengan banyak perniagaan tempatan untuk membolehkan pelawat Muslim merasai pengalaman yang lebih lancar dan tidak membimbangkan. HKTB telah perkenalkan buku panduan Muslim, Warna-Warni Destinasi Hong Kong yang memaparkan acara-acara terbaharu, pesta-pesta, tarikan pelancongan yang wajib dikunjungi, restoran serta kemudahan mesra Muslim di Hong Kong. Terdapat juga laman khas di DiscoverHongKong.com yang memaparkan maklumat untuk pelancong Muslim di Hong Kong (http://www.discoverhongkong.com/seasia/dine-drink/what-to-eat/halal-and-vegetarian.jsp).

Kerjasama bersama HHWT ini akan berlangsung selama setahun bagi mempromosikan Hong Kong sebagai destinasi perjalanan Muslim yang terpilih untuk tahun 2018, melalui siri kempen yang ditujukan kepada pengguna Muslim. Usahasama ini akan bermula pada Mei 2018.

Layari https://www.havehalalwilltravel.com/discover-hong-kong/ untuk menikmati detik-detik terbaik dan pengalaman paling asli di Hong Kong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *