Home / Artikel Menarik / Fitbit Alta HR: Gelang Kecergasan Ternipis di Dunia dengan Pengesan Nadi Berterusan

Fitbit Alta HR: Gelang Kecergasan Ternipis di Dunia dengan Pengesan Nadi Berterusan

AltaHR_SEgunmetal_Run_5704_CMYK

Fitbit telah melancarkan Fitbit Alta HR™ dan pencapaian baru dalam penjejakan tidur, memberikan anda maklumat dan panduan di dalam aplikasi Fitbit® untuk mengekalkan kesihatan dan memberi motivasi untuk mencapai sasaran kecergasan anda dengan bergaya.

AltaHR_Family_CMYK.tif

Fitbit Alta HR adalah penjejak kadar degupan jantung berterusan dalam bentuk gelang tangan yang paling nipis di dunia, menggabungkan manfaat teknologi kadar degupan jantung PurePulse®, pengecaman senaman automatik, penjejakan tidur dan notifikasi pintar dalam rekaan nipis dan versatil yang mudah disesuaikan mengikut gaya anda.

Alta HR 3qtr retail photo in classic black.

Penjejak kadar nadi canggih PurePulse.

Sebagai penjejak kadar nadi, Fitbit Alta HR membantu anda

  • Mengukur jumlah kalori yang dibakar sepanjang hari dengan lebih baik, termasuklah senaman bukan berasaskan langkah seperti yoga dan berbasikal setempat (spinning), untuk membantu anda meneruskan usaha mencapai sasaran kesihatan dan berat badan dengan menjejak jumlah kalori yang diambil dan dibakar.
  • Melihat zon jantung dalam masa sebenar dari pergelangan tangan dan rumusan senaman di dalam Aplikasi Fitbit supaya dapat bersenam pada kadar yang sesuai untuk mencapai sasaran kesihatan dan kecergasan anda.
  • Melihat kadar degupan jantung ketika rehat pada alat dan trend di dalam aplikasi Fitbit, dan membandingkannya kepada aktiviti anda untuk menilai bagaimana senaman yang kerap boleh meningkatkan kesihatan jantung anda dalam jangka panjang. Penurunan kadar degupan jantung ketika rehat adalah petunjuk utama bagi kesihatan kardiovaskular; perubahan menaik atau menurun mungkin menandakan penyakit atau masalah-masalah lain.

 

AltaHR_CoralTPU_Twist_6144_CMYK

Penjejakan Tidur yang Pintar

Fitbit dilengkapi dua maklumat bantuan tidur baru yang dinamik – Sleep Stages dan Sleep Insights – yang memberi lebih maklumat untuk kualiti tidur anda dan panduan untuk memperbaiki tidur anda,

  • Sleep Stages menggunakan kepelbagaian kadar degupan jantung untuk menganggar jumlah waktu tidur ringan, nyenyak dan REM, serta waktu berjaga setiap malam untuk lebih memahami kualiti tidur anda.
  • Sleep Insights menggunakan kesemua data Fitbit anda untuk memberi panduan khusus mengenai cara-cara memperbaiki tidur anda untuk kesihatan yang lebih baik.

Alta_HR_Lifestyle_Sleeping_1910

Sama ada anda ingin bersenam atau bertemu rakan di malam hari, rekaan nipis dan unik penjejak Alta HR ini akan memberi anda maklumat yang diperlukan serta boleh disesuaikan dengan gaya anda dengan pelbagai aksesori yang boleh digunakan pada peralatan Alta dan Alta HR.

Fitbit-Alta-HR_Lifestyle_HandinPocket

Alta HR boleh didapati dengan harga runcit yang disyorkan RM730.00 di Lazada.com.my dan kedai-kedai termasuk EziBuy, Gizmart, Harvey Norman, Fotiken, Courts, Digital World, Gelant dan peruncit-peruncit lain. Antara aksesori yang boleh didapati juga adalah Gelang tangan kecergasan klasik, RM130.00; Gelang tangan Kulit Luxe, RM250.00; dan Gelang Tangan Besi Luxe, RM420.00.

Aplikasi Sleep Stages dan Sleep Insights boleh didapati di seluruh dunia sekarang.

  • Sleep Stages boleh digunakan dengan peralatan Alta HR, Blaze dan Charge 2 melalui aplikasi Fitbit pada Android, iOS dan Windows, dan “dashboard” dalam talian Fitbit.com.
  • Sleep Insights boleh digunakan dengan semua peralatan Fitbit yang menjejak tidur melalui aplikasi Fitbit.

#jomkitalari

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!