Home / Berita Terkini / Filem LEE CHONG WEI bakal ditayangkan di Stadium Nasional

Filem LEE CHONG WEI bakal ditayangkan di Stadium Nasional

Lee_Chong_Wei_The_Movie_003

Petaling Jaya, 4 Januari 2018 – Filem biografi yang dinanti-nantikan LEE CHONG WEI akan menlangsungkan tayangan perdana sedunia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Mac 2018. Acara ini akan menjadi tarikan kepada 30,000 penonton, termasuk para peminat, selebriti, tetamu khas dan VIP. Ia juga bakal mencecah rekod dan memasuki Malaysia Book of Records dengan para hadirin dan skrin LED gergasi.

Lee_Chong_Wei_The_Movie_002

Datuk Wira Lee Chong Wei akan menghadiri tayangan perdana sedunia ini dengan kaum keluarganya. Datuk Joe Lee, selaku penerbit eksekutif, berkata bahawa Datuk Wira Lee Chong Wei akan menyaksikan filem ini buat pertama kali dengan 30,000 penonton.

Para tetamu dan penonton akan menyaksikan acara karpet merah, bersama cabutan bertuah, persembahan lagu tema dan banyak lagi. Pengarah filem Teng Bee masih merahsiakan penyanyi lagu tema filem dan memaklumkan bahawa pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

Lee_Chong_Wei_The_Movie_001

Pendatang baru, Jake Eng dan Tosh Chan akan membawa watak Chong Wei ketika kecil dan remaja.

Antara pelakon lain yang membintangi filem itu adalah Datuk Rosyam Nor yang memegang watak jurulatih kebangsaan Datuk Misbun Sidek, Ashley Ashley (Datin Wong Mew Choo), pelakon terkenal Singapura, Mark Lee (bapa Chong Wei, Lee Ah Chai) dan Yeo Yann Yann (ibu Chong Wei, Khor Kim Chooi).

Filem LEE CHONG WEI bakal ditayangkan di pawagam pada 15 Mac 2018. Filem ini diedarkan oleh GSC Movies, dengan sokongan Penaja Persembahan CNI, Penaja Utama Yonex and Parkson, Biskut Rasmi Hwa Tai, Minuman Isotonik Rasmi 100PLUS, Bahan Pembinaan Rasmi Pentens, Hotel Rasmi Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Pencetak Rasmi Sanwa, Kenderaan Rasmi Isuzu, dengan Penghargaan Khas kepada Samsung.

Tiket untuk acara berharga RM88, RM108, RM128 dan RM168 boleh dibeli menerusi laman web WWW.MYTICKET.ASIA mulai 20 Januari 2018. Sebarang pertanyaan mengenai tiket boleh dikemukakan di talian +603 8605 0195.

Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma, sehelai kemeja-T filem LEE CHONG WEI yang bernilai RM59, sekeping tiket filem LEE CHONG WEI di pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem LEE CHONG WEI yang ditandatangani terdahulu oleh Chong Wei dan para pelakon serta satu beg tenunan tajaan filem. Semua ini akan diedarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana tersebut.

Selain itu, pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG (5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gscmovies.com.my, www.facebook.com/gscmovies dan www.facebook.com/leechongweimovie

Updated: 18 Jan 2018

Check Also

fr365

FR645 – GARMIN Pertama dengan Ciri Muzik

Share this on WhatsApp Garmin telah mengumumkan pelancaran Garmin Forerunner FR645 – untuk menggantikan model …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *