Home / Berita Terkini / ELECTRIC RUN Kembali dengan Konsep RECHARGED dan Lokasi Baru

ELECTRIC RUN Kembali dengan Konsep RECHARGED dan Lokasi Baru

feature

Kuala Lumpur, 14 Februari – Larian malam yang popular, Electric Run bakal kembali menyinari Malaysia pada 15 April 2017 di Anjung Floria Putrajaya. Dianjurkan oleh The Livescape Group, Electric Run Malaysia 2017 juga disokong oleh Malaysia Major Events (MME). Larian berjarak 5km di waktu malam ini dijangka menarik penyertaan 18,000 pelari pelbagai usia.

Electric Run Malaysia - AIA_8628 - Photo by All Is Amazing

Electric Run Recharged

Larian tahun ini menampilkan beberapa pembaharuan berkonsepkan “RECHARGE”. Setiap pelari bakal menerima seutas PIX Mob Bracelet (gelang tangan) di samping kemeja-T larian, pingat penamat dan bib larian. Bracelet akan menyinari pelbagai zone bertemakan lampu neon di sepanjang laluan larian.

Electric Run Malaysia 2017 bakal menampilkan lapan alam bercahaya neon yang diiringi oleh pelbagai irama muzik.

• Garis Permulaan
• Zon Kuning – menampilkan irama era 60an dan 70an
• Zon Merah – menampilkan irama Hip Hop
• Zon Hitam & Pastel – menampilkan irama popular carta Top 40s
• Zon Hijau – menampilkan irama Electronic Dance Music
• Dua Alam Misteri – kejutan
• Garisan penamat / Pentas Keraian

Selepas menamatkan larian, para peserta bakal dihiburkan oleh persembahan pentas yang menampilkan artis-artis antarabangsa. Barisan artis yang membuat persembahan akan diumumkan di pertengahan bulan March kelak.

Electric Run Malaysia Course Land - 750_2645 - Photo by All Is Amazing

Lokasi baru yang sesuai untuk seisi keluarga

Larian Electric Run Malaysia yang ketiga ini bakal dilangsungkan di Putrajaya. Peserta bakal dilepaskan di Anjung Floria Putrajaya dan melalui laluan yang indah sektar Putrajaya, di mana akan ditansformasikan kepada kota Neon pada 15 April nanti. Lokasi baru yang lebih luas membolehkan lebih ramai pelari menyertai acara ini.

Electric Run Malaysia Course Land - DSC_6257 - Photo by All Is Amazing

Saksikan kemeriahan The Electric Run di dalam video ini!

Yuran pendaftaran berharga RM78 (pendaftaran awal yang terhad/ limited Early Bird), RM88 (4 berkumpulan), dan RM98 (Perseorangan, Biasa). Kanak-kanak di bawah 5 tahun tidak diwajibkan untuk mendaftar tetapi tidak akan menerima pek larian. Harga yuran tidak termasuk yuran memproses tiket RM4 dan 6% GST. Pendaftaran boleh dibuat secara online di www.electricrun.my.

Electric Run 2017 Key Art wo GE-01

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/electricrunmalaysia atau ikuti Twitter di @electricrunmy dan Instragram di @electricrunmy.

UPDATE: Acara ini tleah ditunda ke 29 Julai 2017. Untuk siaran akhbar berkenaan sila klik DI SINI.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!