Home / Artikel Menarik / Ed Whitlock, 85 Tahun Pecah Rekod Marathon

Ed Whitlock, 85 Tahun Pecah Rekod Marathon

ed_whitlock_001

Kami punyai idola sukan yang baru! Ed Whitlock dari Ontario, Kanada telah menamatkan Scotiabank Waterfront Marathon di Toronto dalam masa 3 jam 56 minit dan 33 saat, satu pencapaian yang boleh dikatakan amat membanggakan buat pelari-pelari amatur. Tetapi apa yang istimewa tentang Ed adalah umurnya yang sudah mencecah 85 tahun!

Memang hebat kuasa pecutnya! Rekod marathon kategori umur 85-89 telah beliau atasi dengan hampir setengah jam lebih pantas. Beliau pernah menamatkan larian marathon 42km dengan catatan masa 2:58:40 pada umur 74.

ed_whitlock_002

Di garisan penamat, beliau tampak segar seperti pelari beusia 30-an! Kasut yang dipakainya telah berusia lebih 15 tahun. “Saya memakainya walaupun ia sudah melepasi tarikh lupus,” kata Whitlock. “Saya kurang gemar bentuk dan rekaan kasut zaman sekarang, dan saya masih menyimpan stok kasut kegemaran saya.”

Bila ditanya apa rahsianya, beliau berkata, “Saya tidak punyai pengurus, jurulatih, suplemen, heart monitor, mandian ais, rawatan fisio, sesi urut dan sebagainya Saya tidak mendapat tajaan daripada syarikat-syarikal kormesil.”

“One never knows when one has run one’s last race, and I’ll keep running as long as I can.” – Ed Whitlock

Sebagai latihan, beliau hanya berlari dengan perlahan, tiga hingga empat jam sehari di sekitar kawasan perkuburan kira-kira 100m dari rumahnya.

ed_whitlock_003

Majalah Runner’s World telah menyenaraikan 22 rekod yang dipegang oleh Ed Whitlock berdasarkan umurnya. Catatan masa beliau bukan sahaja boleh membuatkan pelari berusia 60, 70 atau 80-an menangis tapi juga editor portal #jomkitalari! Heheh!

Cuba lihat rekod 5K, separa marathon dan marathon yang dipegang oleh beliau.

ed-whitlock-rekod

Nota: Ed Whitlock tidak memegang rekod pada tahun-tahun tertentu kerena kecederaan atau tidak bertanding dalam jarak berkenaan.

Rujukan: Runner’s World

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!