Home / Berita Terkini / Dominasi Kenya di Standard Chartered Singapore Marathon 2017

Dominasi Kenya di Standard Chartered Singapore Marathon 2017

Standard_Chartered_Singapore_Marathon_002

Singapore, 3 Disember 2017 – Pelari-pelari Kenya mendominasi Standard Chartered Singapore Marathon di mana kategori lelaki dan wanita elit dimenangi oleh Cosmas Kimutai dan Pamela Rotich dengan catatan masa masing-masing 2:22:48 dan 2:38:31. Kedua-dua juara membawa memenangi S$50,000 setiap seorang.

Kemenangan ini mengukuhkan lagi dominasi Kenya di Singapore di mana mereka telah memenangi tempat pertama kategori lelaki setiap tahun sejak 2002 dan juga berjaya mempertahankan kejuaraan wanita lapan tahun berturut-turut.

Sejak dari mula lagi, Kimutai berada di depan kumpulan sembilan orang pelari, menunjukkan daya ketahanannya dalam keadaan cuaca yang panas dan berkelembapan tinggi. Beliau disaingi dengan sengit oleh pelari senegaranya iaitu Justus Kimutai dan Mark Kiptoo yang akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan keempat masing-masing. Kimutai mula memecut di suku perlumbaan yang terakhir untuk meninggalkan pelairi-pelari lain dan melepasi gariasan penamat dengan catatan masa 2:22:48.

Standard_Chartered_Singapore_Marathon_004

Dalam kategori Wanita Terbuka pula, Juara Daegu Marathon 2017, Pamela Rotich memusnahkan harapan Rebecca Chesir untuk mempertahankan kejuaraan dengan catatan masa 2:38:31. Persaingan kedua-dua pelari wanita adalah amat sengit di sepanjang perlumban. Akhirnya, Pamela yang berusia 32 tahun itu berjaya menggondol pingat emas dengan sekadar 19 saat di hadapan Rebecca.

Standard_Chartered_Singapore_Marathon_005

Buat julung-julung kalinya dalam penganjurannya sepanjang 16 tahun, SCSM turut mengiktiraf pelari-pelari tempatan di mana Soh dan See dinobatkan juara lelaki dan wanita kebangsaan Singapura masing-masing mencatat masa 2 jam 35 minit 55 saat dan 3 jam 11 minit 8 saat.

Soh dan See membawa pulang S$10,000 setiap seorang.

Sebelum acara tersebut, Soh sebenarnya bermatlamat untuk menghabiskan marathon itu dalam masa 2:34:00 iaitu jika tercapai, menjadi maraton terpantasnya di Singapura sekaligus memecah rekod Singapura pada 1994 iaitu 2:34:02 yang dimiliki M Rameshon.

Namun, disebabkan kekurangan persediaan, Soh terlepas sasaran sebanyak hampir 2 minit. Soh sebenarnya hanya memutuskan untuk menyertai SCSM dua minggu lalu dan pelari yang berusia 26 tahun itu tidak mempunyai latihan yang secukupnya berbanding persiapannya bagi Sukan SEA 2017.

Standard_Chartered_Singapore_Marathon_006

Sementara itu, bagi kategori wanita tempatan pula, See berkata bahawa beliau sangat berpuas hati dengan pencapaiannya kerana berjaya meraih rekod peribadinya di tanahair sendiri.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya, ia lebih baik daripada yang dijangkakan … kelajuan saya konsisten. Saya tidak berlari terlalu pantas pada awalnya dan pada penghujung (larian) saya tidak berasa penat langsung,” kata wanita yang berusia 34 tahun yang mempunyai dua anak itu.

Standard_Chartered_Singapore_Marathon_008

SCSM tahun ini yang juga menganjurkan acara separuh marathon, 10km dan kategori larian Ekiden serta Kanak-Kanak disertai seramai 48,400 pelari dari 126 negara. Kesemua 12,500 tempat habis dijual buat pertama kali tahun ini.

Untuk keputusan Standard Chartered Singapore Marathon, sila klik https://singaporemarathon.com/results-2017/

 

Check Also

zaiton othman

Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah untuk mengawal

Share this on WhatsApp Peranan utama Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah untuk mengawal, bukannya untuk menguatkuasakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *