Home / Berita Terkini / dimsum anjur Acara Jalan Kaki “WALK WITH LOVE”

dimsum anjur Acara Jalan Kaki “WALK WITH LOVE”

DIMSUM_WALK_WITH_LOVE_001

Petaling Jaya, 26 Julai 2017 – dimsum, perkhidmatan penstriman program video Asia yang terkini bakal menganjurkan acara jalan kaki “Walk with Love” pada September 24 di Eco Majestic, Semenyih.

Selaras dengan namanya, “Walk with Love”, acara ini mempunyai matlamat untuk menyatukan keluarga, rakan dan komuniti. Para peserta berpeluang untuk menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan apabila mereka tiba di setiap hentian cabaran iaitu Inspire, Smile, Sign dan Wish. Setiap peserta akan menerima gelang yang dicetak dengan mesej mencetuskan inspirasi di permulaan dan mereka dikehendaki menghabiskan cabaran yang melibatkan siri drama popular, membuat niat dan mereka kemeja T masing-masing.

Acara ini dianjurkan oleh dimsum dan ditaja oleh Eco World Development Group Berhad, dengan Revive Isotonic sebagai minuman rasmi dan 988, Suria FM sebagai Radio rasmi. Rakan penyertaan yang lain adalah BookDoc, Grab dan Pappa Delivery. Pada hari acara, 24 September, semua peserta beloh mendapatkan diskaun RM10 untuk 2 perjalanan ke dan balik dari Eco Majestic, Semenyih dengan aplikasi Grab.

Kit acara mengandungi kemeja-T “Walk with Love” yang eksklusif, bib, beg jerut edisi terhad, , langganan dimsum percuma untuk dua bulan dan barangan penaja. Selain daripada kit acara, para peserta juga akan menerima pingat penamat, e-sijil, dan gelang dengan mesej berinspirasi. Utuk maklumat lanjut, sila hubungi hotline 03-67316462 / 019-575 3378 atau emel info@checkpointspot.asia.

wwl_Featured_900x343

Pendaftaran kini dibuka di www.dimsum.my/walkwithlove. Tarikh tutup pendaftaran adalah 10 September 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Website: www.dimsum.my/walkwithlove
Facebook: facebook.com/dimsum.my
Instagram: https://www.instagram.com/dimsum.my
Hashtag : #walkwithlove

dimsum kini boleh didapati di Malaysia dan Brunei, dengan harga langganan hanya RM15 sebulan. Muat turun aplikasi dimsum melalui Apple App Store atau Google Play Store atau strim secara langsung melalui dimsum.my. Semua pelanggan baru akan menerima akses 30 hari secara percuma,

Check Also

Electric_Run_Malaysia_002

14,000 Pelari Menyinari AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED di Putrajaya

Share this on WhatsApp Putrajaya, 29 Julai 2017 – Pelari, pejalan kaki dan penari menyinari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *