Home / Berita Terkini / COWAY Anjur Larian Buat Pertama Kali di Starling Mall

COWAY Anjur Larian Buat Pertama Kali di Starling Mall

Pic B

Kuala Lumpur, 9 March 2017 – Bersedia untuk menyarungkan kasut lari anda untuk Coway Run 2017! Larian anjuran Coway (M) Sdn Bhd ini bakal dilangsungkan buat pertama kali pada 7 Mei 2017 di Starling Mall, Damansara Uptown.

Mr Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway berkata, “Matlamat Coway Run adalah sebagai medium buat rakyat Malaysia untuk menapak keluar dari zon selesa dan mula menjalani kehidupan dengan lebih sihat.”

“Larian ini bukan bertujuan untuk berlumba semata-mata, tetapi untuk mengajak orang ramai untuk memberanikan diri untuk menghadapi cabaran dan meningkatkan kualiti hidup,” tambah Mr Kyle.

Larian dengan jarak 5KM dan 10KM run di persekitaran Starling Mall dibahagi kepada 4 katogori iaitu lelaki dan wanita veteran, lelaki dan wnaita terbuka (untuk umur 18 ke atas). Para pelari juga berpeluang untuk berlari bersama model fitness, Jordan Yeoh dan bekas Miss Universe Malaysia Carey Ng yang turut berlari dan memberi motivasi di acara tersebut.

Sebagai “Pakar Air Ultimate”, Coway komited untuk mempromosikan gaya hidup sihat buat semua, dan berharap semua peserta menjaga kesihatan serta berlatih untuk acara ini kelak. Para pelari boleh mengikuti laman Facebook Coway yang bakal memberi tips dan panduan berlari. Satu klinik latihan berlari juga bakal diadakan untuk membantu peserta membuat persiapan bagi larian tersebut.

Untuk mengelakkan peserta daripada mengalami dehidrasi akibat kekurangan air dalam badan semasa larian, pihak Coway turut menyediakan 3 Penulen Air Gergasi di 3 stesen air.

Setiap pemenang bagi kategori yang dipertandingkan akan membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000, RM800 (tempat kedua) dan RM500 bagi tempat ketiga.

Coway Run Event Info

Penaja bersama Coway Run termasuk Starling mall dan 100Plus.

Pendaftaran boleh dilakukan secara online di www.myraceonline.com.

Untuk maklumat lanjut tentang Coway Run 2017, sila layari https://www.facebook.com/CowayMalaysia/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

One comment

  1. Coway mendiskriminasikan warga asing! Mengapa warga asing tidak boleh mengambil bahagian dalam Coway Run? Anda tidak mahu warga asing untuk membeli produk Coway juga?

    Coway discriminates foreigners! Why can’t foreigners participate in the Coway Run? You don’t want foreigners to buy Coway products as well?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!