Home / Acara Pilihan / CHOW KIT RUN oleh YAYASAN CHOW KIT

CHOW KIT RUN oleh YAYASAN CHOW KIT

yck1

Kuala Lumpur, 17 Februari 2017 – Yayasan Chow Kit (YCK) buat julung kalinya akan menganjurkan larian Chow Kit Run di mana peserta akan berlari mengikut rentak pemuzik jalanan sambil memakai topeng kreatif pilihan mereka di tengah-tengah bandar. Objektif Chow Kit Run adalah untuk mewujudkan satu pengalaman larian yang unik dan meningkatkan kesedaran umum mengenai permata tersembunyi Chow Kit seperti pasar basah, kedai makanan, perniagaan tempatan dan pemborong .

Titik permulaan dan penamat larian 6km dan 2 km akan berada di Sekolah Kebangsaan (P) Jalan Batu pada hari Sabtu, 8 April 2017. Peserta akan melalui pelbagai tempat menarik di seluruh Kuala Lumpur seperti Sunway Putra Mall, PWTC dan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Keseronokan tidak berhenti di garisan penamat! Peserta dan orang awam boleh terus menikmati waktu pagi di Chow Kit Festival yang akan diadakan di padang sekolah. Penyanyi tempatan Liyana Fizi yang terkenal dengan lagu Jatuh, akan mengadakan konsert khas, bersama-sama dengan kehadiran 2 lagi duta Chow Kit Run, Miss Malaysia 2010 Thanuja Ananthan dan pelumba F1 Alex Yoong.

Thanuja_Alex_Yoong_Liyana_Fizi
Dari Kiri: Thanuja Ananthan, Alex Yoong & Liyana Fizi.

 
Terdapat juga makanan dan minuman sihat akan dijual , bazar seni, gerai dari penaja Chow Kit Run, dan juga cabutan bertuah dengan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik! Seluruh acara akan berlangsung dari pukul 6:30 pagi ke 12:00 tengah hari.

Yuran pendaftaran bagi orang awam ialah RM65 dan RM 3000 untuk pasukan korporat (terdiri daripada 4 pelari) . Untuk maklumat lanjut, sila layari www.yck.org.my.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada Jumaat, 3 Mac 2017.

Mengenai Yayasan Chow Kit: Yayasan Chow Kit (YCK) bermula sebagai sebuah pusat jagaan harian, dan kemudian berkembang di bawah label Nur Salam pada tahun 2006 sebagai sebuah pusat krisis 24 jam menyediakan keperluan asas, aktiviti dan perkhidmatan sosial bagi kanak-kanak berisiko di Chow Kit. Pengalaman awal kami bekerja dengan masyarakat setempat membawa kepada penemuan isu-isu sosio-budaya yang pelbagai melibatkan kumpulan penduduk yang tinggal di Chow Kit. Kesedaran ini membuka jalan bagi penubuhan organisasi yang tersusun dan menyediakan pembangunan mampan melalui program berasaskan komuniti. Oleh itu, YCK dilahirkan sebagai sebuah entiti yang tersendiri pada Januari 2011. Visi Yayasan Chow Kit adalah untuk memperbaiki mutu kehidupan kanak-kanak yang berisiko dan belia di Chow Kit.

Check Also

19598913_1879105422344171_8437622041537165964_n

MAKPEM FUN RUN 2017

Share this on WhatsAppMAKPEM Fun Run adalah larian amal 5km anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *