Home / Berita Terkini / CHOW KIT RUN – Larian Ceria Bertopeng

CHOW KIT RUN – Larian Ceria Bertopeng

Chow_Kit_Run_B010

Kuala Lumpur, 8 April 2017 – Lebih 1,200 pelari menyertai Chow Kit Run yang julung-julung kali diadakan di Kuala Lumpur. Kebanyakan daripada mereka memakai topeng, sejajar dengan tema larian – “Be a Hero for Every Child in the Country”.

Larian anjuran Yayasan Chow Kit bermula di Sekolah Kebangsaan Perempuan Jalan Batu dan sesi senamrobik telah diadakan untuk memanaskan badan sebelum pelari-pelari dilepaskan oleh para kenamaan yang hadir.

Chow_Kit_Run_A004

Tema bertopeng ini adalah sebahagian daripada perjuangan YCK untuk mengenalpasti pedofil. Secara simbolik dan artistik, pemakaian topeng adalah untuk membayangkan betapa susah untuk mengenalpasti pedofil di kalangan masyarakat umum.

Antara misi utama YCK adalah untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak daripada menjadi mangsa kepada pedofil. YCK sentiasa komited dalam menyediakan tempat perlindungan buat kanak-kanak di kawasan sekitar Chow Kit untuk bermain dan menimba ilmu.

Chow_Kit_Run_B011

Larian Chow Kit menampilkan dua kategori jarak – iaitu 6km dan 2km. Pelari-pelari berpeluang “menjelajah” sekitar kawasan Chow Kit yang ikonik.

Chow_Kit_Run_B044

Sebelum ini, tiada lagi larian yang menggunakan jalan-jalan di sekitar Chow Kit sebagai laluan. Pelari-pelari dapat melihat sendiri keunikan Chow Kit yang pernah menjadi tapak konsert gergasi Seniman Negara, Datuk Sudirman Hj Arshad.

Chow_Kit_Run_B060

Larian tidak bosan dengan adanya hiburan “live” dari penyanyi-penyanyi jalanan atau buskers.

Chow_Kit_Run_B083

Para peserta perlu melalui beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur seperti Sunway Putra Mall, Putra World Trade Center (PWTC) dan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Chow_Kit_Run_B089

Kawasan rimbunan hijau di sekitar Bukit Tunku.

Chow_Kit_Run_B116

Seorang pelari memakai kostum Supergirl!

Chow_Kit_Run_B122

Terima kasih diucapkan kepada para sukarelawan yang sentiasa tersenyum sambil memberi sorakan kepada para pelari.

Chow_Kit_Run_B124

Peluang berselfie memang banyak sekali. Di sini dua wanita berhenti seketika daripada berlari untuk bergambar bersama buskers yang sibuk menghiburkan para peserta larian Chow Kit.

Chow_Kit_Run_B127

Walaupun sudah tamat larian, keseronokan masih tidak berhenti. Banyak aktiviti sampingan yang dianjurkan untuk orang ramai  di tapak larian.

Chow_Kit_Run_B138

Setelah penat berlari dan lapar, para peserta boleh menjamu selera di gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman.

Chow_Kit_Run_B147

Kanak-kanak tidak kering gusi dihiburkan oleh persembahan silap mata.

Chow_Kit_Run_B151

Kanak-kanak dari Yayasan Chow Kit turut tampil menunjukkan bakat menari mereka.

Chow_Kit_Run_B161

Suasana karnival diteruskan dengan cabutan bertuah dan persembahan pentas daripada artis-artis seperti Atilia Haron dan Neves dari Band Pretty Ugly.

Chow_Kit_Run_B166

Chow Kit Run dijayakan oleh Penaja Platinum ; TechnipFMC and Yayasan Sime Darby, Penaja Silver & Rakan Radio Rasmi; iM4U 107.9 FM, dan Penaja Bronze ValueCap Sdn Bhd.

Untuk melihat lebih banyak gambar-gambar dari Chow Kit Run 2017, sila klik DI SINI.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!