Home / Artikel Menarik / Chef Naem Kongsi 3 Resepi Sihat Kentang USA

Chef Naem Kongsi 3 Resepi Sihat Kentang USA

US_potatoes_003

Anda kenal tak Chef Naem? Chef selebriti Muhammmad Naim Ramli, lebih dikenali sebagai Chef Naem adalah pemenang Hero Oven TV3 2016 dan menjadi pengacara pelbagai program memasak, khususnya Dapur Panas TV3, Dapur Bujang HYPPTV, dan Dapur Western HYPPTV.

Selain daripada memasak, beliau juga aktif dalam sukan, termasuk larian berhalangan seperti Viper Challenge.

chefnaem-1525626485346

Dengan kerjasama Potatoes USA, Chef Naem mempersembahkan tiga resepi yang berkhasiat dengan menggunakan kentang A.S. dalam satu majlis bertemakan “POWER UP WITH US POTATOES” di Pusat Konvensyen Sime Darby baru-baru ini.

Chef Naem making the potato recipes to fuel your day

Jom kita cuba resepi pemberi tenaga yang kaya dengan zat-zat keperluan badan ini!

US_potatoes_001

1. HASH BROWN TOM YAM AYAM

Ramuan
a) 6 ketul Hash Brown kentang A.S
b) 1 pek pes Tom Yam
c) 2 ketul dada ayam (direbus)
d) 2 biji tomato (didadu)
e) 2 helai daun limau purut (dihiris)
f) 2 tangkai daun ketumbar (dihiris)
g) 1 tangkai daun serai (dihiris)
h) garam & lada sulah secukup rasa
i) hirisan halia

Kaedah
1. Rebus ayam di dalam air yang ditambah sedikit garam dan halia. Potongkan ayam dalam bentuk dadu.
2. Masak hash brown menggunakan air-fryer pada suhu 100 darjah Celsius untuk 15 minit sehingga kuning keemasan
3. Sapukan pes tom yam ke atas hash brown
4. Campurkan ayam, tomato, daun limau purut daun ketumbar, serai, garam dan lada sulah di dalam mangkuk.
5. Tambahkan campuran ayam ke atas hash brown
6. Hiaskan dengan daun ketumbar

US_potatoes_004

2. KENTANG USA ON-THE-GO

Ramuan
a) 10 biji ubi kentang USA Russets (dikupas kulit dan dipotong dadu)
b) 2 sudu teh minyak zaitun
c) 1 ulas bawang putih (dicincang)
d) 1 sudu teh serbuk paprika
e) 1 sudu teh serbuk kari
f) Sedikit zest lemon
g) 1 hiris limau nipis (untuk hiasan)
h) garam dan lada sulah secukup rasa
i) Beberapa biji almond (dicincang)

Kaedah
1. Gaulkan minyak zaitun dan kentang di dalam mangkuk
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan serbuk paprika, serbk kari, zest lemon, almond dan bawang putih.
3. Salutkan kentang dengan campuran di atas.
4. Masak di dalam air-fryer pada suhu 120 darjah Celsius selama 20-30 minit
5. Hiaskan dengan hirisan limau nipis.

US_potatoes_005

3. SMOOTHIE NANGKA & KENTANG USA

Ramuan
a) 2 biji ubi kentang US Russets
b) 1 scoop serbuk protein
c) 6 ulas isi nangka
d) 1 cawan air kacang soya
e) 2 sudu teh madu
f) 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
g) 1/2 sudu teh biji chia
h) 1 cawan ais
i) 1 hiris daun pandan (untuk hiasan)
j) Sedikit gula melaka (untuk hiasan)

Kaedah
1. Buang kulit kentang, dan potong dadu
2. Rebus kentang sehingga lembut selama 10 minit
3. Campurkan kentang, nangka, serbuk protein, air soya, madu, serbuk kayu manis, biji chia dan ais di dalam blender sehingga sebati.
4. Hiaskan dengan daun pandan, biji chia dan gula melaka sebelum dihidang.

U.S Potatoes to fuel the fit and athletic

Untuk pengetahuan anda semua, kentang mengandungi 620 miligram kalium. Dengan lebih banyak kandungan kalium daripada sebiji pisang saiz sederhana, kentang boleh membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf semasa acara sukan yang memerlukan daya ketahanan lebih tinggi.

Di peringkat global, kentang semakin diterima sebagai makanan prestasi. Semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan, Menu Olimpik yang baru dikeluarkan mengakui bahawa pemakanan kini merupakan sebahagian penting daripada strategi atlet untuk menang. Dapur perkampungan atlet PyeongChang 2018 dilaporkan mempunyai 180 chef yang menyediakan 7,000 sajian makanan sehari dan kentang merupakan makanan ruji utama.

Dalam arena sukan antarabangsa, terutama sekali di AS, kentang telah digunakan sebagai makanan bertenaga tinggi untuk membantu atlet menambah tenaga yang diperlukan bagi acara-acara tahan lasak.

#JomKitaLari

Check Also

Adakah Anda Cukup “TOUGH” Bagi Memenangi USD15,000?

Share this on WhatsApp Kuala Lumpur, 12 September 2018 – Adakah rakyat Malaysia paling gagah di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.