Home / Berita Terkini / CENVIRO Anjur Larian Sempena Hari Alam Sekitar Negara

CENVIRO Anjur Larian Sempena Hari Alam Sekitar Negara

cenviro run

Sendayan, 16 Oktober 2017, CENVIRO, syarikat teraju bidang pengurusan sisa buangan, daripada rawatan hingga kitar semula, pemulihan dan pelupusan akhir, bakal menganjurkan larian hijau sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) pada 21 October 2017, bertempat di d’Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan.

Larian ini adalah anjuran bersama Cenviro dengan Kerajaan Negeri Sembilan dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia (DOE). Tema sambutan HASN pada tahun ini ialah “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.

Hari Alam Sekitar Negara (HASN) merupakan satu penjenamaan semula yang telah dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar daripada penganjuran Sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini. Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan satu acara tahunan yang telah dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989. Semenjak tahun 1991, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu) menerusi Jabatan Alam Sekitar telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai usaha berterusan Kerajaan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia. MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27 Oktober bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober.

Atas cetusan idea YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bersempena sambutan MASM yang ke-25 pada tahun 2015, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) kepada Hari Alam Sekitar Negara, HASN (National Environment Day).

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara telah mula dianjurkan pada tahun 2016 bertempat di Kuching, Sarawak dengan membawa tema buat julung kalinya iaitu “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.

Tema ini dipilih bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Objektif Sambutan Hari Alam Sekitar Negara:-

  • Mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas
  • Menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam sekitar
  • Mengiktiraf kepada mereka yang telah memberi sumbangan signifikan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  • Membudaya dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

Cenviro Green Run 2017 dibahagikan kepada dua jarak larian iaitu 12 km &  5 km (Fun Run). Orang ramai dijemput menyertai acara larian ini. Cenviro Green Run turut akan dimeriahkan dengan kemunculan duta Green Run iaitu pelari marathon, Edan Syah.

22552592_1967738013509427_6117025490095929369_n

Maklumat penyertaan di pautan berikut:-
http://checkpointspot.asia/Event/EventInfo.aspx…

 

 

Check Also

1) Fredrik Croneborg (SWE) grabbed his breakthrough IRONMAN victory in 2016. He placed 2nd in 2014 & 2015 - Copy

Lebih 1800 atlet bakal berlumba di IRONMAN® Langkawi

Share this on WhatsApp Langkawi, 6 November 2017 – Atlet-atlet triathlon terbaik dunia dapat disaksikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *