Home / Berita Terkini / Cabaran 30 Hari Kurangkan Paras Kolesterol

Cabaran 30 Hari Kurangkan Paras Kolesterol

Nestle_Omega_Plus_006

Kuala Lumpur, 10 April 2018 – NESTLE OMEGA PLUS® memberi galakan kepada rakyat Malaysia untuk merendahkan paras kolesterol menerusi pelancaran Cabaran 30 Hari yang bakal berlangsung dari April hingga September. Melalui gandingan dengan Institut Jantung Negara (IJN) serta Allianz, kempen ini beriltizam memberi inspirasi dan motivasi kepada rakyat Malaysia untuk membuat perubahan gaya hidup yang mustahak bagi kesihatan jantung mereka.

Nestle_Omega_Plus_009

“Misi kami adalah untuk mendidik serta memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Matlamat kami mudah sahaja, iaitu memberi insentif kepada rakyat Malaysia supaya lebih ramai dalam kalangan mereka sedar akan paras kolesterol mereka, di samping mengamalkan gaya hidup yang aktif serta diet yang sihat. Berbekalkan kejayaan Cabaran 30 Hari kami sebelum ini, kami telah membuat keputusan untuk meneruskannya tahun ini melalui sokongan rakan-rakan kami seperti IJN dan Allianz yang merupakan pendukung kesihatan jantung,” demikian kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé® (Malaysia) Berhad.

Nestle_Omega_Plus_008

“Sebagai pusat jantung terkemuka di rantau ini, IJN terus mempromosikan kesihatan jantung dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan Nestlé dan Allianz dalam program ini untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat kepada masyarakat,” kata En. Akmal Arief Mohamed Fauzi, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, IJN.

Nestle_Omega_Plus_004

“Perkongsian ini menyempurnakan sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam menghalang kolesterol tinggi serta tekanan darah tinggi dan Indeks Tubuh Tinggi melalui Allianz 3H Cover. Menerusi gandingan ini, kami berharap dapat memberi motivasi kepada anda untuk membuat beberapa perubahan gaya hidup yang penting demi menuju ke arah kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik,” tambah Amy Loke, Ketua Pegawai Pengurusan Pasaran Allianz Malaysia Berhad.

Acara ini turut dihadiri DJ Selebriti, Sham, duta NESTLE OMEGA PLUS serta Cabaran 30 Hari yang terselamat dari serangan jantung pada usia semuda 34 tahun. Mujurlah, beliau diberi peluang kedua dalam kehidupan, dan kini aktif berkongsi kisahnya bagi mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan jantung.

Nestle_Omega_Plus_007

Pada acara tersebut, Sham telah berkongsi cara beliau meningkatkan kesihatan jantungnya melalui beberapa perubahan ke atas gaya hidupnya, misalnya senaman tetap, pemeriksaan kolesterol berkala, diet seimbang serta pengambilan NESTLE OMEGA PLUS yang terbukti mampu mengurangkan kolesterol secara berkesan.

Satu sesi panel Soalan&Jawapan yang menyelitkan pandangan pakar wakil-wakil dari NESTLE OMEGA PLUS, IJN, dan Allianz telah diadakan di penghujung acara tersebut.

Nestle_Omega_Plus_005

Cabaran 30 Hari NESTLE OMEGA PLUS akan berlangsung dari 1 April hingga 30 September di seluruh negara. Kemenangan akan berdasarkan kepada peratus tertinggi dalam pengurangan paras kolesterol. Peserta-peserta yang mencapai kadar pengurangan yang cemerlang akan diberi ganjaran setiap bulan.

Nestle_Omega_Plus_002

Di penghujung cabaran ini, pemenang tempat pertama akan menerima hadiah utama yang merangkumi sebuah kereta baharu serta perlindungan insurans hayat Allianz yang bernilai RM80,000. NESTLE OMEGA PLUS juga akan memberi ganjaran kepada 3 pemenang bertuah setiap bulan atas keputusan mereka untuk membuat perubahan demi jantung yang lebih sihat.

Nestle_Omega_Plus_003

Untuk menyertai cabaran ini, anda boleh berkunjung ke pameran bergerak NESTLE OMEGA PLUS di pasar raya seluruh negara untuk menjalani pemeriksaan paras kolesterol. Untuk maklumat mengenai tempat dan masa pameran bergerak berhampiran anda, sila layari http://myhealthyheart.com.my atau laman Facebook NESTLE OMEGA PLUS.

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!