Home / Berita Terkini / BHPetrol Orange Run Menyambut Tahun Ke-12

BHPetrol Orange Run Menyambut Tahun Ke-12

BHP_Orange_Run_001

Petaling Jaya, 3 Oktober 2017 – BHPetrol Orange Run kembali untuk tahun ke-12 berturut-turut! Acara larian tahunan anjuran BHPetrol dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Affin Bank ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat sambil menabur budi kepada masyarakat dengan membantu mereka yang memerlukan.

BHP_Orange_Run_004

Encik Tan Kim Thiam, Pengarah Urusan BHPetrol, berkata, “Kami amat gembira kerana dapat menganjurkan satu lagi larian Orange Run. Selama 12 tahun berturut-turut, Orange Run telah menyediakan platform untuk orang ramai menyertai larian yang menyeronokkan, mengekalkan tahap kesihatan yang baik, dan memberi kesan positif kepada masyarakat dengan mengumpul dana untuk tujuan amal. Kami teruja kerana setelah sekian lama, begitu ramai peserta berkumpul di sini demi menyertai amal kebajikan. Kami berharap untuk meneruskan larian ini selama bertahun-tahun lagi!”

BHP_Orange_Run_003

Selaras dengan komitmen BHPetrol untuk menabur bakti kepada masyarakat, setelah larian tamat, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Lodin Wok Kamaruddin, Timbalan Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Berhad, menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia, Persatuan Rumah Kanak-kanak Ini Disayangi, dan Persatuan Sindrom Down Malaysia, dengan setiap pertubuhan menerima sumbangan RM10,000.

BHP_Orange_Run_002

Larian tahun ini, yang bermula di the Curve, Mutiara Damansara, menarik lebih 5,000 pelari. Acara ini dibuka kepada semua peserta berumur 13 tahun dan ke atas. Untuk menggalakkan penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat, larian ini terbahagi kepada lapan kategori, iaitu Terbuka Lelaki & Veteran, Terbuka Perempuan & Veteran, Kanak-Kanak Lelaki & Kanak-Kanak Perempuan, dan Terbuka Antarabangsa Lelaki & Perempuan. Pemenang kelapan-lapan kategori ini menerima hadiah bernilai RM50,000 bersama baucar BHPetrol.

BHP_Orange_Run_005

BHPetrol Orange Run 2017 memberi keseronokan kepada para peserta dan keluarga mereka yang datang bersama-sama untuk memberi semangat dan sorakan. Orang ramai juga terhibur dengan pelbagai aktiviti lain seperti tawaran produk dan pemberian sampel oleh BHPetrol, Affin Bank, Nestlé, Lucozade dan banyak lagi.

 

Check Also

CVFR17-Banner

CENVIRO Anjur Larian Sempena Hari Alam Sekitar Negara

Share this on WhatsApp Sendayan, 16 Oktober 2017, CENVIRO, syarikat teraju bidang pengurusan sisa buangan, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *