Home / Berita Terkini / Bata Perkenal Kasut Harimau Untuk Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA

Bata Perkenal Kasut Harimau Untuk Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA

bata power sea games 1

Kuala Lumpur, 27 Julai – Bata (Malaysia) Sdn Bhd (Bata Malaysia) hari ini memperkenalkan reka bentuk eksklusif kasut yang diilhamkan daripada Harimau Malaya untuk kegunaan kontinjen negara di temasya Sukan SEA ke-29, dan menyerahkan penajaan bernilai lebih RM300,000.

bata power sea games 3

Reka bentuk kasut di bawah jenama ‘Power’ itu dicipta khas dalam warna oren dan hitam sebagai kasut rasmi Kontinjen Malaysia bagi semua jenis sukan di bawah bidang kuasa Majlis Olimpik Malaysia (MOM), termasuk untuk kegunaan 1,263 atlet dan pegawai yang terlibat dengan temasya sukan itu dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Dilengkapi bahagian atas yang diperbuat daripada nylon lembut serta bahagian belakang yang kukuh dan tapak luar untuk cengkaman lebih mantap, bahagian tengah tapak kasut ini menggunakan phylon ringan untuk menyerap hentakan dengan lebih berkesan dan akan digunakan semasa sesi latihan, memanaskan badan dan penerimaan hadiah.

bata power sea games 2a

“Sebelum, menghasilkan reka bentuk itu, kami berbincang dengan MOM dan mendapatkan gambaran tentang reka bentuk pakaian seragam, kemudian barulah kami guna teknologi serta pengetahuan kami selama 100 tahun dalam bidang pembuatan kasut agar sepadan dengan pakaian seragam itu, dan selesa. Selepas itu, kami kemukakan enam reka bentuk kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan beliau memilih yang ini,” kata Pengurus Bata Malaysia, Ajay Ramachandran.

bata power sea games 4

“Rekaan kasut ini bagaimanapun dibuat eksklusif untuk kontinjen negara yang mewakili Malaysia. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan dilakukan secara mendalam bagi menghasilkan reka bentuk kasut berkenaan dan tidak akan diedar di pasaran. Orang ramai bagaimanapun berpeluang untuk memiliki kasut seakan-akan rekaan ini dengan tema yang sama di kedai jualan kami tidak lama lagi,” katanya lagi.


Sumber: Bernama
Foto: Twitter Man Olimpik

Check Also

Electric_Run_Malaysia_002

14,000 Pelari Menyinari AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED di Putrajaya

Share this on WhatsApp Putrajaya, 29 Julai 2017 – Pelari, pejalan kaki dan penari menyinari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *