Home / Artikel Menarik / ASICS GEL-QUANTUM 360 CM – Bertukar Warna Seperti Sesumpah

ASICS GEL-QUANTUM 360 CM – Bertukar Warna Seperti Sesumpah

asics-gel-quantum-360-cm-2

Nikmati setiap langkah dengan kasut lari ASICS GEL-QUANTUM 360 CM yang sarat dengan teknologi baru. Ciri kasut ini yang paling ketara dan unik adalah “Chameleod Mesh” yang boleh bertukar warna mengikut sudut pandangan umpama sesumpah.

Kasut prestasi tinggi ini memberikan si pemakai perlindungan 360 darjah oleh teknologi “ASICS GEL Cushioning” dan mengambil masa tiga tahun untuk direkacipta di ASICS Institute of Sport Science di Kobe, Jepun.

asics-gel-quantum-360-cm-4

Chameleoid Mesh, bahan yang digunakan untuk bahagian atas (upper) adalah telus udara dan mempunyai daya regangan yang mantap untuk memberikan keselesaan dan padanan (fit) selain daripada mempunyai kesan visual yang amat menarik.

Sistem “ASICS GEL Cushioning” mengurangkan impak hentakan di seluruh bahagian kaki dan membolehkan si pemakai bergerak secara semulajadi tanpa halangan. Ia juga diperbaharui dengan sistem TRUSSTIC SYSTEM di sepanjang kasut untuk memberikan kestabilan struktur yang lebih padu.

asics-gel-quantum-360-cm-1

ASICS GEL-QUANTUM 360 CM boleh didapati dalam lima kombinasi warna “Chameleoid Mesh” iaitu “Flash Coral/Black/Silver” dan “Aquarium/White/Flash Coral” untuk wanita; “Island Blue/White/Hot Orange” dan “Midgrey/White/Green Gecko” untuk lelaki; Black/ White/ Green Gecko untuk kedua-dua lelaki dan wanita.

t6g6n_0690_0010266095_fr_aact6g6n_3901_0010266095_fr_aac

t6g1n_4101_0010266093_fr_aact6g1n_9601_0010266093_fr_aac

asics-gel-quantum-360-cm

Harga runcit yang disyorkan adalah RM699 sepasang dan boleh didapati di semua kedai ASICS dan kedai-kedai barangan sukan terpilih.

Check Also

FGV_Tekam_Forest_Trail_001

Tarikan Gua Kota Gelanggi di FGV Tekam Forest Trail

Share this on WhatsApp  Kuala Lumpur, 15 Julai 2018 – Sebuah acara larian baru – …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *