Home / Berita Terkini / Artis-artis Sony Music Bakal Meriahkan MY10K Night Run

Artis-artis Sony Music Bakal Meriahkan MY10K Night Run

MY10K Night Run_004

Dalam usaha untuk mendedahkan siswa-siswi kepada dunia pemasaran dan pengurusan projek, Kolej Tun Dr. Ismail bakal menganjurkan sebuah acara larian  MY10K Night Run.

“Para siswazah Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) telah mencapai “benchmark” baru dengan penganjuran MY10K Night Run yang pertama kali menampilkan acara larian malam 15 km di kampus”, kata Dr Abdul Razak, pengetua KTDI.

MY10K Night Run_003

MY10K Night Run bakal dilangsungkan pada Sabtu, 29 April 2017 di Padang Kawad, UPM dan akan menampilkan laluan larian di sekitar kampus yang selamat untuk semua pelari. Larian ini juga akan memberi mengalaman yang mengujakan kepada seisi keluarga. Selain daripada 15km, terdapat juga kategori 10km dan 5km. Para peserta 10km dan 15km harus menggunakan lampu suluh kepala (headlamp) untuk bergerak dalam keadaan gelap dan rupa bumi yang mencabar.

Kategori 5km juga merupakan larian amal. Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada MAKNA (Majlis Kanser Nasional). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 April 2017.

MY10K Night Run_006

Selepas larian, para pelari dan orang ramai bakal dihiburkan oleh persembahan pentas yang menampilkan atis-artis SONY Music. Antara yang bakal menggegarkan pentas adalah Altimet, Alif Aziz, Farisha, Haqiem Rusli, Hello Luqman dan Persis. Konsert ini ditaja oleh Safi Balqis dan adalah salah satu antara lokasi-lokasi #JelajahMuzikSafiBalqis. Orang ramai juga berpeluang mendapatkan autograf penyanyi kesayangan mereka dan cabutan bertuah dengan pembelian minima produk Safi Balqis bernilai RM20.

MY10K Night Run_005

Antara penaja bersama adalah Red Bull, minuman tenaga rasmi dan Decathlon, penaja lampu suluh kepala, Onnight yang kalis air dan waranti 24 bulan terhadap kecacatan pengilangan.

Dr Abdul Razak mengalu-alukan kedatangan pelari dan orang ramai ke Padang  Kawad UPM untuk menikmati konsert bermula jam 6.30petang. Tapak karnival akan dibuka pada jam 5 petang dan menampilkan pelbagai promosi jualan dan trak makanan.

Untuk maklumat lanjut tentang MY10K Night Run, sila layari https://mro.myraceonline.com/mynr17/registrations 

 

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!