Home / Artikel Menarik / Aplikasi NIKE+ RUN CLUB Kini Berwajah Baru

Aplikasi NIKE+ RUN CLUB Kini Berwajah Baru

4_61591

Aplikasi Nike+ Running kini telah dikemaskini kepada Nike+ Run Club. Ia menampilkan paparan yang lebih segar dan dinaik-tarafkan dengan beberapa ciri baru untuk memberi dorongan dan sokongan bagi meningkatkan prestasi si pengguna. Antaranya:

RAKAM DAN SIMPAN SEMUA REKOD LARIAN
Dapatkan semua data yang anda perlukan — pace, lokasi, jarak, kecerunan, kadar degupan jantung dan pecahan jarak larian (mile splits). Ia juga membolehkan anda mengawal dengan mudah apa yang ingin anda paparkan semasa larian.

1_NRC_iOS6_ActivityHistory_AppStore_en_US_61583

 

PROGRAM LATIHAN ADAPTIF 
Aplikasi Nike+ Run Club boleh membuat adaptasi terhadap pelan latihan (coaching) mengikut pencapaian dan jadual anda. Ia juga menampilkan audio dari jurulatih/ pakar seperti pelari pecut legenda, Michael Johnson, untuk memberi kata-kata dorongan kepada anda.

2_NRC_iOS6_Coach_AppStore_en_US_61584

 

PAPAN DAFTAR URUTAN (LEADERBOARD
Buat bandingan dan bersaing dengan rakan lari anda. Hash-tag jarak anda untuk membandingkan pencapaian anda dengan matlamat atau cabaran yang diidamkan.

4_NRC_iOS6_Leaderboard_AppStore_en_US_61586

 

LAGU-LAGU BERTENAGA
Dapatkan lagu-lagu pilihan atlet-atlet Nike yang disenaraikan secara khusus untuk meningkatkan daya prestasi anda dalam setiap larian.

5_NRC_iOS6_InRun_AppStore_en_US_61587

 

KONGSIKAN LARIAN ANDA
Muat-naik larian anda ke media sosial untuk dikongsikan dengan para kenalan atau rakan Nike+ anda. Jadikan posting anda lebih menarik dengan menambahkan gambar, statistik serta pelekat mengikut citarasa peribadi anda.

3_NRC_iOS6_Sharing_AppStore_en_US_61585

 

 

 

 

 

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!