Home / Berita Terkini / Alas Perut dengan SNICKERS Oats Baru

Alas Perut dengan SNICKERS Oats Baru

Launch of SNICKERS Oats 1(b)-2

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2018 – Sama ada sedang dalam perjalanan ketika waktu sibuk, menunggu untuk melengkapkan perjanjian perniagaan, atau terperangkap dalam mesyuarat yang panjang, SNICKERS kini dapat membantu rakyat Malaysia dengan SNICKERS Oats baharu, snek yang membantu mereka bertahan apabila perlu menunggu lama dan mula berasa lapar!

SNICKERS Oats kini padat dengan oat dan digabungkan dengan rasa coklat mewah, karamel dan kacang yang amat dikenali penggemar SNICKERS. Ia juga merupakan snek yang sangat sesuai untuk pengguna yang berasa lapar apabila menjalani rutin harian yang panjang – sama ada di tempat kerja, mengejar tarikh akhir untuk menghantar tugasan di universiti atau apabila sedang dalam perjalanan ke destinasi seterusnya.

Launch of SNICKERS Oats 1(b)-1

“Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan waktu menunggu terasa lebih lama dan salah satu daripadanya ialah berasa lapar. Akibatnya, kita akan berasa gelisah, tidak sabar, malah mungkin juga menjadi seseorang yang tidak begitu menyenangkan. Disebabkan rakyat Malaysia meluangkan purata satu jam semata-mata untuk perjalanan, ia bukan sahaja menjejaskan emosi tetapi juga menyebabkan banyak masa berharga hilang. Oleh itu, kami percaya SNICKERS Oats boleh membantu pengguna yang sering perlu menunggu lama setiap hari untuk membantu mereka bertahan kerana ia adalah snek mudah yang boleh dinikmati sebelum waktu makan seterusnya,” kata Yee Pek Kuan, Category Business Unit Director of Mars Developing Asia.

SNICKERS Oats dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna, dengan memberi kenikmatan setiap kali dirasai, dengan rasa coklat dan kacang yang enak dan padat dengan oat. Pengguna kini boleh bertahan apabila perlu menunggu lama dengan mendapatkan SNICKERS Oats di mana-mana kedai serbaneka atau cawangan runcit di seluruh negara. SNICKERS Oats juga didatangkan dalam bungkusan kecil yang boleh didapati di mana-mana pasaraya dan pasaraya hiper utama.

Launch of SNICKERS Oats 1(c)

Dari sekarang hingga 1 April 2018, SNICKERS Oats juga menawarkan hadiah-hadiah bernilai berjumlah lebih RM10,000 melalui peraduan dalam talian ‘Snickers Oats Longest Hunger Story’. Peminat yang berasa lapar boleh menyertai peraduan ini dengan berkongsi pengalaman bagaimana SNICKERS Oats membantu mereka bertahan apabila perlu menunggu lama mengikut tema-tema mingguan. Mereka juga boleh memuat naik kisah mereka melalui Facebook Live atau video Instagram dengan menaip #SnickersOatsHungerStoryMY.

Launch of SNICKERS Oats 1(g)

Untuk maklumat lanjut mengenai SNICKERS Oats dan peraduan dalam talian:

Halaman Facebook Rasmi      : https://www.facebook.com/SnickersMalaysia/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!