Home / Berita Terkini / adidas Runners Kuasai Kuala Lumpur

adidas Runners Kuasai Kuala Lumpur

1adidas Runners Kuala Lumpur (5)

Kuala Lumpur, 30 September 2017 – adidas Malaysia hari ini memperkenalkan gerakan larian globalnya – adidas Runners kepada peminat-peminat di Kuala Lumpur menerusi larian eksklusif sejauh 8KM di sekitar ibu kota. Di samping itu, aktiviti pasca-larian turut diadakan seperti senaman trampolin dan latihan kekuatan badan menggunakan tayar kereta. Para pendorong jenama adidas, komuniti pelari dan rakan media turut dijemput untuk menyertai sambutan bersejarah ini sekaligus menjadikan mereka sebagai kumpulan pertama yang mengambil bahagian dalam adidas Runners Kuala Lumpur.

1adidas Runners Kuala Lumpur (10)

“Kami berbesar hati menganjurkan adidas Runners di Kuala Lumpur yang merupakan salah satu bandaraya utama di Asia Tenggara dan menjadi sebahagian daripada komuniti larian adidas global. Sebagai jenama sukan larian nombor satu di dunia, kami komited untuk memberikan latihan dan pengalaman larian terbaik kepada para pengguna kami, memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memotivasi para pelari untuk melakukan yang terbaik,” kata David Wong, Ketua Pemasaran, adidas Malaysia.

“adidas Runners Kuala Lumpur bakal menyaksikan pelari yang mempunyai minat yang sama berkumpul dan berlari melalui jalan-jalan yang unik di sekitar ibu kota, di mana ia juga memberi peluang kepada mereka untuk berlatih mengikut tahap masing-masing dan mendapat pengalaman yang cukup berharga. Di samping itu, kami juga mengadakan beberapa sesi latihan mengikut tahap dan kebolehan peserta yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih profesional yang turut diserikan dengan penampilan khas atlet profesional. Kami percaya aktiviti seperti ini mampu membantu meningkatkan prestasi para peserta yang mengambil bahagian,” tambah beliau.

1adidas Runners Kuala Lumpur launched today with 8km city run (16)

Satu gerakan global
adidas Runners adalah inisiatif global yang dijalankan oleh adidas bertujuan memberikan tenaga, menyokong dan menyatukan para pelari seluruh dunia. Mereka boleh menemui kawan-kawan baharu yang mempunyai minat yang sama di bandar mereka sendiri dan seluruh dunia. Di samping itu, dengan menyertai adidas Runners, mereka juga boleh memperluaskan rangkaian sosial secara fizikal atau atas talian. Jadi, kesimpulannya adidas Runners menyediakan platform untuk perkembangan kecergasan dan sosial.

Berlari bersungguh-sungguh, bergembira bersama
adidas Runners mengambil berat tentang prestasi pelari-pelari, membantu mereka untuk mencapai matlamat peribadi dan mendorong mereka ke peringkat seterusnya. adidas Runners ialah satu komuniti kepada pelari-pelari untuk berlatih, menikmati masa yang menyeronokkan sambil meraikan kejayaan bersama.

Pendekatan menyeluruh
Berlari akan sentiasa menjadi teras kepada adidas Runners. Aktiviti latihan yang akan datang akan dirancang oleh ketua pasukan dan jurulatih terpilih bagi memenuhi semua aspek gaya hidup sihat merangkumi berlari, kecergasan badan, nutrisi dan perubatan. Pendekatan menyeluruh seperti ini membolehkan seseorang itu menjadi pelari yang lebih baik untuk mencapai matlamat masing-masing.

1Picture 1

Larian sejauh 8KM ini diketuai oleh ketua pasukan adidas Runners Kuala Lumpur iaitu Azwan Bunjing dan Fatin Nabila. Orang ramai turut berpeluang menyaksikan secara eksklusif adidas UltraBOOST All Terrain baharu di majlis pelancaran tersebut. Ia menjadi salah satu daripada kelebihan istimewa apabila menyertai komuniti adidas Runners.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesi latihan yang akan datang, ikuti gerakan adidas Runners Kuala Lumpur di laman Facebook dan ikuti hashtag berikut #adidasrunnersKL #TakeChargeKL #adidasMY di Instagram dan Twitter.

adidas Runners Kuala Lumpur_logo

Check Also

zaiton othman

Peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan adalah untuk mengawal

Share this on WhatsApp Peranan utama Pejabat Pesuruhjaya Sukan ialah untuk mengawal, bukannya untuk menguatkuasakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *