Home / Berita Terkini / 6000 Pelari Sahut Cabaran Lebuhraya Besraya

6000 Pelari Sahut Cabaran Lebuhraya Besraya

DHC 2018_Besraya (9)

Kuala Lumpur, 29 April 2018 – IJM Allianz Duo Highway Challenge kembali buat kali kedua tahun ini dan menyaksikan penyertaan lebih 6000 pelari di lebuhraya Besraya, dalam kategori jarak 13km dan 6km.

DHC 2018_Besraya (7)

Larian di Leburaya Besraya ini adalah liga pertama cabaran dwi lebuhraya yang dianjurkan bersama oleh IJM Corporation Berhad (IJM) dan Allianz Malaysia Berhad sebagai penaja utama. Apa yang menarik tentang larian ini berbanding dengan acara larian yang lain adalah penutupan jalan yang sepenuhnya daripada kenderaan. Pelari bebas berlari tanpa gusar tentang keselamatan mereka di atas lebuhraya tersebut.

DHC 2018_Besraya (10)

Para pelari 13km dan 6km dilepaskan di Plaza Tol Loke Yew Toll Plaza. Laluan 13km membawa pelari ke Pandan Indah, kemudiannya menyusur ke Jalan Istana dan Salak Selatan sebelum berpatah balik ke plaza tol tersebut.

DHC 2018_Besraya_6KM Flag-off (2)

Para pengunjung dan pelari berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan di tapak acara termasuk reruai foto dan ujian kekuatan yang dianjurkan oleh IJM serta mendapat tips keselamatan sama ada di dalam atau di luar rumah di reruai Allianz.

DHC 2018_Besraya_9KM Mark

Masa terbaik bagi pelari Malaysia dalam kategori terbuka 13km dicatatkan oleh Poo Vasanthan Subramaniam, iaitu 45 minit 49 saat, diikuti oleh Anas Rosli di tempat kedua dengan masa 45 minit 58 saat. Tempat ketiga dimenangi oleh Ow Yong Jin Kuang dengan catatn masa 46 minit 52 saat.

DHC 2018_Besraya_Men's Open

Bagi kategori wanita terbuka 13km pula, Sheela Samivellu mendonimasi perlumbaan dengan catatan masa 52 minit 23 saat. Tempat kedua disandang oleh Noor Amelia Musa dengan catatan masa 55 minit 19 saat manakala tempat ketiga jatuh kepada Khit Yeng Chua dengan catatan masa 56 minit 43 saat.

DHC 2018_Besraya_Women's Open

Liga kedua Duo Highway Challenge bakal berlangsung di Lebuhraya NPE pada 29 July 2018. Larian tersebut bakal dimulakan di lokasi ikonic Sunway Pyramid. Pendaftaran bagi Duo Highway Challenge- NPE masih lagi dibuka.

DHC 2018_Besraya_Medals

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ijmhighwayrun.com/

Check Also

Edan Syah 2

Interviu: Edan Syah Menaruh Harapan di GORRF 2018

Share this on WhatsAppSetelah hampir 20 acara marathon yang telah disertainya dalam tempoh 11 tahun, kini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *