Home / Artikel Menarik / 6 Acara Marathon Yang Harus Anda Sertai di Korea Selatan

6 Acara Marathon Yang Harus Anda Sertai di Korea Selatan

Acara larian memang banyak di Korea Selatan. Setiap tahun, lebih 230 acara larian termasuk 63 marathon penuh dan 141 half marathon dianjurkan di negara yang terkenal dengan ginseng, kimchi dan budaya K-Pop ini.

Jadi, acara mana yang best? Buat panduan anda, kami senaraikan 6 daripada acara marathon seperti mana yang disyorkan oleh Korea Tourism Organization (KTO) di sini. Jom kita baca!

seoul international marathon

1. SEOUL INTERNATIONAL MARATHON
Bulan: Mac
Lokasi: Gwanghwamun Square, Seoul
Kategori: 42km, 10km
Sorotan:
– 20,000 pelari marathon & 15,000 pelari 10K
– Dianjurkan buat pertama kali pada tahun 1931. Ia adalah acara larian ketiga tertua di Asia selepas Hakone Ekiden dan Chugoku Yamaguchi Ekiden di Jepun.
– berstatus IAAF Gold Label
– bermula di Gwanghwamun Plaza dan tamat di Stadium Olimpik Seoul
Laman Web: http://www.seoul-marathon.com/

 

Gyeongju Cherry Marathon

2. GYEONGJU CHERRY BLOSSOM MARATHON
Bulan: April
Lokasi: Pejabat Bodeok-dong di sebelah heliport, Gyeongju
Kategori: 42km, 21km, 10km, 5km
Sorotan:
– 13,000 pelari keseluruhannya
– Pemandangan indah musim bunga di mana pokok-pokok bunga ceri sedang berkembang di sepanjang laluan.
– Bertempat di Gyeongju, sebuah kota bersejarah yang merupakan tapak warisan dunia UNESCO.
– Laluan menampilkan mercu tanda tarikan pelancong seperti Balai cerap Cheomseongdae, Istana Gyeongju Donggung Palace dan kolam Wolji dan Tasik Bomunho.
Laman Web: http://www.cherrymarathon.com/

 

jeju tourism marathon

3. JEJU INTERNATIONAL TOURISM MARATHON
Bulan: Mei
Lokasi: Gujwa Life Sports Park di Pantai Gimnyeong, Pulau Jeju
Kategori: 42km, 21km, 10km,
Sorotan:
– Cuaca nyaman dan pemandangan indah musim bunga.
– Laluan cantik di persisiran pantai
– bertempat di Pulau Jeju yang bersejarah dan terkenal dengan keindahan alam semulajadi.
Laman Web: http://www.jejumarathon.com

 

Cheorwon DMZ-Peace-Marathon

4. CHEORWON DMZ INTERNATIONAL PEACE MARATHON
Bulan: September
Lokasi: Cheolwon, Goseokjeong
Kategori: 42km, 21km, 10km, 5km
Sorotan:
– bertempat di Demilitarized Zone di antara Korea Selatan dan Korea Utara.
– laluan indah di kelilingi sawah padi dan gunung-ganang di sepanjang Sungai Hantan.
– menampilan tempat-tempat bersejarah yang dimusnahkan oleh perang saudara Korea.
– Peserta akan menerima 3kg beras Cherwon sebbagai cenderahati
Laman Web: http://www.dmzrun.kr/

 

Chuncheon Chosunilbo Marathon

5. CHUNCHEON CHOSUNILBO MARATHON
Bulan: Oktober
Lokasi: Hoban Street berhampiran Taman Gongjicheon park di Chuncheon
Kategori: 42km, 10km
Sorotan:
– Cuaca nyaman dan pemandangan indah musim luruh di mana pokok-pokok maple yang berwarna kuning, jingga, merah dan keemasan.
– Berstatus IAAF Silver Label
– Acara marathon kedua tertua di Korea Selatan selepas Seoul International Marathon
– Berhampiran tarikan pelancong di daerah Gangwon seperti Pulau Nami (Lokasi penggambaran drama Winter Sonata).
Laman Web: https://marathon.chosun.com

Bacaan Selanjutnya: 15 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS SERTAI CHUNCHEON MARATHON

 

Jeju Mandarin Orange Marathon

6. JEJU MANDARIN INTERNATIONAL MARATHON
Bulan: November
Lokasi: Stadium Seogwipo World Cup, Pulau Jeju
Kategori: 42km, 21km, 10km, 5km
Sorotan:
– Cuaca nyaman dan pemandangan indah musim luruh di mana pokok-pokok limau mandarin sedang berbuah.
– Peserta antarabangsa akan menerima sekotak 5kg limau mandarin sebagai cenderahati.
– bertempat di Pulau Jeju yang bersejarah dan terkenal dengan keindahan alam semulajadi.
Laman Web: http://marathon.ihalla.com/en/

Untuk maklumat lanjut tentang Korea Selatan, layarilah http://www.visitkorea.com.my/

Check Also

GARMIN RUN ASIA SERIES 2023 Kembali dengan Tema ‘ZERO to HERO’

Share this on WhatsApp Malaysia, 10 Mei 2023 — Garmin Malaysia hari ini mengumumkan acara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!