Home / Berita Terkini / 5,700 Pelari Menyahut Cabaran Lebuhraya Besraya

5,700 Pelari Menyahut Cabaran Lebuhraya Besraya

Besraya_Highway_Challenge_002

Kuala Lumpur, 31 Julai 2017 – Cabaran IJM Allianz Duo Highway Challenge yang bermula di Lebuhraya Besraya, telah disertai lebih daripada 5,700 orang pelari. Acara pertama cabaran IJM Allianz Duo Highway Challenge di Malaysia ini menawarkan cabaran sejauh 13km dan larian santai sejauh 6km yang berlangsung di sepanjang Lebuhraya Besraya.

Besraya_Highway_Challenge_003

Larian bermula jam 6.30 pagi untuk cabaran lebuh raya sejauh 13km dan larian santai 6km pula bermula  jam 7.00 pagi di Plaza Tol Loke Yew ke arah Pandan Indah yang kemudiannya melalui lengkungan di Jalan Istana dan Salak Selatan sebelum kembali ke Plaza tol. Para peserta turut dapat menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur di pagi Ahad ketika mereka berlari sepanjang Lebuhraya Besraya. Panjang keseluruhan lebuh raya itu yang berukuran hampir 29km itu menghubungkan antara UPM Serdang, Balakong, Salak Selatan, Ampang, dan Jalan Istana.

Besraya_Highway_Challenge_004

Para penyokong dan pemenang cabaran IJM Allianz Duo Highway Challenge juga turut mengambil bahagian dalam aktiviti yang menarik di perkampungan larian atau ‘Village Race’, seperti permainan buzzer elektrik dan pelbagai cabaran permainan satu minit di khemah IJM serta diberi peluang merebut kadar promosi Allianz yang ekslusif untuk premium insurance perumahan sepanjang majlis tersebut.

Cabaran IJM Allianz Duo Highway Challenge itu telah dijalankan dengan kerjasama IJM Corporation Berhad dan Allianz Malaysia Berhad sebagai penaja utama dan Besraya (M) Sdn Bhd (anak syarikat IJM Corporation Berhad – Jabatan Tol) sebagai penaja tempat. Acara tersebut dianjurkan oleh EC Pixels Sdn Bhd.

Besraya_Highway_Challenge_005

Dato ‘Soam Heng Choon, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad berkata: “Kami gembira dengan pencapaian dan kejayaan peserta-peserta cabaran IJM Allianz Duo Highway Challenge ini. Acara sukan masyarakat adalah salah satu acara utama dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat IJM kerana kami sentiasa bersemangat untuk berkhidmat dan menyumbang kembali kepada komuniti di tempat kami beroperasi. Inisiatif ini serta semua acara sukan untuk masyarakat yang dijalankan oleh IJM adalah sejajar dengan matlamat kami untuk menggalakkan gaya hidup bandar yang sihat, serta menyediakan tempat yang selamat dan teratur untuk peminat sukan di semua peringkat melalui konsesi lebuh raya kami. Kami amat gembira apabila acara pertama cabaran IJM Allianz Duo Highway Challenge ini berjaya dan kami berharap acara seterusnya akan membawa keterujaan seperti ini juga. ”

Besraya_Highway_Challenge_006

Zakir Khir, Ketua Pegawai Eksekutif, Allianz Malaysia Berhad berkata: “Di Allianz, kami sentiasa menyokong kepentingan cara hidup yang sihat dan sentiasa aktif untuk mengekalkan gaya hidup yang positif. Komuniti larian di Malaysia semakin berkembang dan ianya satu suasana yang amat mengagumkan dalam menyaksikan masyarakat kita menjalani cara  hidup yang sihat dengan menjaga kesejahteraan diri mereka. Gandingan dengan IJM ini sangat memberangsangkan kerana kami dapat bekerjasama dengan satu lagi syarikat penyokong gaya hidup sihat. Kami merasakan bahawa acara pertama telah berjaya dan saya berharap peserta akan membawa tekad yang sama ke acara seterusnya, iaitu Cabaran Lebuhraya NPE yang akan berlangsung pada 10 September 2017. ”

Besraya_Highway_Challenge_007

Masa larian Malaysia terbaik untuk kategori Lelaki Terbuka 13km dimenangi oleh Poo Vasanthan Subramaniam, yang melepasi garisan penamat pada tempoh masa larian 44 minit dan 55 saat, manakala Nik Fakaruddin Ismail  mendapat tempat kedua pada tempoh masa larian 45 minit dan 2 saat dan Anas Rosli  sebagai pemenang ketiga pada tempoh masa 45 minit dan30 saat.

“Ini kali pertama saya berlari di lebuh raya dan ianya agak mencabar. Saya gembira saya berjaya mengharunginya dan menyeberangi garisan penamat bawah 45 minit, “kata Poo Vasanthan Subrmaniam, Juara Terbuka Lelaki 13KM

Besraya_Highway_Challenge_011

Bagi kategori Terbuka Wanita 13km pula, Sheela Samivelu  mendapat tempoh masa terbaik iaitu 54 minit dan 5 saat dan diikuti oleh by Lou Chooi Fern yang mengambil tempat kedua dengan tempoh masa 57 minit dan 50 saat manakala Michelle Looi Mei Yan dengan jarak tempoh masa selama beberapa minit sahaja dari tempat kedua pada tempoh masa 1 jam, 3 minit dan 3 saat.

Sheela Samivelu, Juara  Terbuka Wanita 13KM berkata, “Laluan perlumbaan untuk Lebuh Raya Besraya ini amat mencabar tetapi ia adalah satu pengalaman yang hebat kerana saya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Saya berhasrat untuk melangkau kebolehan peribadi saya untuk Lebuhraya NPE kerana ianya laluan yang lebih mudah tetapi pada jarak 21.1KM, ketetapan  larian akan berbeza berbanding dengan 13KM di Lebuhraya Besraya.

Besraya_Highway_Challenge_010

Acara kedua cabaran IJM Allianz Duo Highway Challenge yang akan berlangsung di Lebuhraya NPE pada 10 September 2017 akan bermula di Sunway Pyramid yang gah sebagai tempat garis permulaan. Juara untuk cabaran IJM Allianz Duo Highway Challenge tersebut akan dapat membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM2,000.00, tiket perjalanan dua hala ke Osaka, manakala tempat kedua dan ketiga akan dapat membawa pulang tiket perjalanan dua hala ke Thailand dan hadiah wang tunai RM 1,000.00 dan RM500.00 untuk setiap pemenang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.ijmhighwayrun.com/

Check Also

Electric_Run_Malaysia_002

14,000 Pelari Menyinari AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED di Putrajaya

Share this on WhatsApp Putrajaya, 29 Julai 2017 – Pelari, pejalan kaki dan penari menyinari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *