Home / Artikel Menarik / 5 Tips Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan

5 Tips Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan

weight loss

1. Mula dengan perlahan
Usah tergesa-gesa. Jika anda seorang pelari yang baru, luangkan lebih banyak masa berlari jarak jauh daripada membuat pecutan jarak pendek (speedwork).

2. Bersabar
Proses ini akan mengambil masa berbulan dengan berlari secara konsisten dan makan secara sihat. Berat badan akan turun apabila anda mula lupakan penat lelah dan jatuh cinta pada berlari.

3. Cabar diri anda
Buat sasaran untuk menjadi pelari yang lebih baik. Contohnya, menamatkan 10K di bawah satu jam adalah cara yang sihat untuk stay focussed dan motivated.

4. Jaga Makan
Tidak ada gunanya berlari sampai termuntah jika anda tidak menjaga apa yang anda makan. Elakkan makanan yang berlemak dan tinggi kandungan gula.

5. Terus Berusaha
Tiada jalan pintas atau pil mudah kurus untuk berjaya. Sertai kelab/ krew larian dan berlatih bersama rakan-rakan yang mempunyai sasaran yang sama.

#jomkitalari

Check Also

pumpair-featured

Reviu: BlueAnt PUMP Air True Wireless Sportsbuds

Share this on WhatsApp Bagi ramai orang, halangan yang paling besar untuk mendapatkan fon telinga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *