Home / Artikel Menarik / 5 Sebab Anda Harus Sertai PUMA NIGHT RUN 2017

5 Sebab Anda Harus Sertai PUMA NIGHT RUN 2017

Puma_Night_Run_004

Acara larian yang ditunggu-tunggu, PUMA Night Run bakal berlangsung kurang daripada satu bulan sahaja lagi. Ini mungkin adalah peluang terakhir bagi anda mendaftar. Jika anda mencari sebab untuk menyertai PUMA Night Run 2017, kami bukan sahaja ada satu, malah lima sebab untuk anda menekan butang “REGISTER NOW” di laman web  www.puma-nightrun.com.my.

Sebab 1: Sesiapa pun boleh menyertai PUMA Night Run 2017 – ia terbuka kepada pelari-pelari kompetitif dan juga santai. Kepada yang ingin bersaing, anda berpeluang untuk bertanding dalam kategori 12km dengan pelari-pelari handalan dalam negara. Kepada yang hanya ingin berlari santai-santai bersama rakan taulan atau keluarga, ada boleh mendaftar dalam kategori 6km. Tepuk kaki, tanya selera. 😉

Puma_Night_Run_001

Sebab 2: Anda berpeluang untuk berlari bersama bintang Korea yang semakin naik, Lee Jae Yoon. Pelakon versatil dalam drama popular, ‘Stormy Lovers’,  ‘Another Oh Hae-young’ dan ‘Weightlifting Fairy Kim Bok Joo’ bakal memeriahkan  PUMA Night Run 2017 di Cyberjaya nanti!

Sebab 3: Pelbagai aktiviti menanti anda di PUMA Village. Sebelum anda memulakan larian, datanglah lebih awal dan sertai pelbagai aktiviti dan promosi yang disediakan khas untuk anda di tapak acara.

Puma_Night_Run_002

Sebab 4: The After Party. PUMA memang terkenal dengan larian malam yang telah dianjurkan sejak tahun 2014 sebagai satu platform untuk pleari dari segenap lapisan masyarakat untuk berlari dan menikmati suasana karnival selepas larian. Tahun ini, PUMA Night Run bakal menampilkan artis Singaporean Gen Neo, dan penghibur tempatan, Black dan ramai lagi dalam persembahan pentas pasca-larian.

Sebab 5: Pertunjukan bunga api! Siapa yang tidak sukakan bunga api? Pelari-pelari bakal menyaksikan PUMA Night Run mencapai kemuncaknya dengan letusan bunga api yang indah dan berwarna-warni di langit.

Puma_Night_Run_003

Pek larian boleh diambil di Sunway Putra Mall, Concourse Area mulai 28 sehingga 30 Julai (Jumaat sehingga Ahad), pada jam  10:00 pagi sehingga 9:00 malam.

Jangan berlengah lagi!  Pendaftaran PUMA Night Run Malaysia 2017 kini dibuka di www.puma-nightrun.com.my.

Check Also

CVFR17-Banner

CENVIRO Anjur Larian Sempena Hari Alam Sekitar Negara

Share this on WhatsApp Sendayan, 16 Oktober 2017, CENVIRO, syarikat teraju bidang pengurusan sisa buangan, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *